Wednesday, November 18, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Manila, Filipina...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Entry kali ini, aku nak kongsikan mengenai lawatan aku ke Manila, Filipina ketikamana aku berpeluang untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar, kepimpinan pelajar dan pelajar-pelajar di University of Philippines, Manila dan Polytechnic University of Philippines. Aku juga dikira bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Duta Malaysia di Manila, Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamri Mohd Kassim. Banyak juga perkongsian dari Duta Malaysia mengenai kerjasama antara Malaysia dengan Filipina. Di sini aku nak kongsikan mengenai antara tempat-tempat yang sempat aku kunjungi ketika hampir seminggu berada di Manila, Filipina.

Aku bersama dengan Y.Berbahagia Datuk Mohd Zamri, Duta Malaysia di Manila...

Aku ketika berada di depan Kedutaan Besar Malaysia di Manila...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MANILA, FILIPINA

1. MANILA BAY

Sebuah pelabuhan semulajadi yang berfungsi sebagai Pelabuhan Manila di Filipina. Lokasinya agak strategik iaitu terletak di sekitar ibu negara Filipina.



*Di sinilah anda akan dapat lihat banyak gelandangan berada dan berkumpul sepanjang laluan di Manila Bay.

2. RIZAL PARK



Tempat ini dianggap sebagai taman urban yang pertama di Asia. Monumen Dr Jose Rizal dibina di taman ini. Taman ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Luneta Park’.

3. INTRAMUROS

Merupakan satu daerah tang tertua dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Manila. Ianya juga dikenali sebagai Bandar Berdinding dan ianya adalah bandar asal Manila ketika di era Empayar Sepanyol. Di sini juga terdapat pelbagai bangunan bersejarah seperti Fort Santiago, San Agustin Church, Casa Manila, Palacio Del Gobernador, Aduana Building, Victoria Street, A statue of Queen Isabel II dan sebagainya lagi.


*Nasihat aku, berhati-hati di sini sebab di sinilah aku dan kawan-kawan aku kena tipu duit.

4. MALL OF ASIA


‘Mall Of Asia’ pernah tersenarai seabagi antara 10 kompleks membeli-belah yang terbesar di dunia. Di sekitar Mall Of Asia ini, terdapat juga Asia Arena dan SM By The Bay Amusement Park.

*Di sini anda jangan risau kerana di sini banyak juga restoran Makanan Halal.

5. SAN AGUSTIN CHURCH


Sebuah gereja Roman Katolik yang terletak di dalam Bandar Berdinding Intramuros di Manila. Ianya juga tersenarai dalam Tapk Warisan Dunia oleh UNESCO.

6. CULTURAL CENTER OF THE PHILIPPINES




Ianya merupakan Pusat Kebudayaan Filipina di mana ianya mempertunjukkan mengenai kebudayaan dan keunikan masyarakat Filipina. Di sini juga ditayangkan cerita dan mempunyai muzium antik mengenai kehidupan masyarakat filipina mengikut agama yang mereka anuti.

7. GREENHILLS


Merupakan salah satu komplek membeli-belah yang termurah di Manila di mana ianya mempunyai ribuan jenis gerai dan kedai yang menjual pelbagai barangan. Di sini sesuai untuk kita membeli cenderahati dengan harga yang murah dan berpatutan. Digalakkan untuk kita tawar-menawar di sini.

8. STARCITY


Sebuah Taman Tema yang mempunyai pelbagai interaktif yang ekstrim dan biasa. Kepada peminat Taman Tema, StarCity antara tempat yang wajib untuk anda datang dan main sendiri semua permainan yang ditawarkan.

9. OCEAN PARK MANILA


Merupakan ‘Ocenarium’ di Manila yang mempersembahkan pelbagai hidupan laut. Di sini juga anda boleh mencuba pelbagai aktiviti dan bergambar. Kepada yang teringin nak jadi ‘Ikan Duyung’ anda boleh memakai kostum duyung ini di tempat tertutup yang disediakan.

10. GREENBELT PARK & MALL



Di sini mempunyai satu kompleks membeli-belah barangan branded dan mempunyai taman yang cukup santai. Dengan suasana taman urban yang dikelilingi dengan bangunan kompleks membeli-belah yang gah.

Roomate aku ketika hari terakhir di Lokal Hostel...


*Insyaallah, kalau ada peluang untuk ke Filipina semula, tempat yang aku ingin pergi adalah Boracay!


Antara tempat-tempat menarik lain yang anda boleh tengok adalah :
1. Seoul,South Korea;
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia
5. Singapura
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH



0 comments: