Saturday, February 18, 2023

Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Selangor...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Alhamdulillah, bertemu kita semua sekali lagi ke blog aku yang tak seberapa ini. Tapi aku akan tetap terus menulis sebagai platform perkongsian aku. Menulis nie salah satu cabang untuk aku terus berkongsi apa yang menarik dan pandangan/pendapat aku terhadap apa-apa yang sedang bermain di fikiran aku.

KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah, baru-baru ini, aku berpeluang untuk menghadiri Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Selangor yang dijalankan di Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS), Morib, Selangor bermula 09 sehingga 12 Februari 2023 yang melibatkan 40 orang peserta termasuklah aku.

Semangat sebenarnya untuk aku sertai kursus ini bilamana Pengarah dan Ketua Unit aku memberi kebenaran dan sokongan seterusnya mendapat kelulusan Bahagian Latihan untuk aku sertai kursus ini yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara slot-slot yang diadakan sepanjang 4 hari berkampung di PLAS itu adalah :-

1. Sesi Ice Breaking oleh Encik Sazali dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

2. Pengenalan kepada Kesukarelawanan dan Etika Sukarelawan serta Jaringan dan Asas Pemetaan Sosial oleh Encik Safik bin Saprawi
3. Psikologi First Aid oleh Dr Aini Azeeqa dari Universiti Putra Malaysia
4. Pengenalan Kepada Pengurusan Acara dan Simulasi oleh Puan Hartini A Jabbar, Pengarah Bahagian Pembangunan Belia
5. Asas Bantu Mula dan Asas Perkhemahan, Konservasi dan Urban Survival oleh Encik Ismady Norsyam bin Ishak dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM)

6. Pengurusan Bencana dan Fungsi dan Amali Sukarelawan dalam Pengurusan Bencana oleh Encik Azam Zakuan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara , Jabatan Perdana Menteri Malaysia
7. Sesi Perkongsian Bersama NGO oleh Encik Zairy bin Rosli dari Majlis Belia Negeri Selangor
8. Unsung Hero oleh Kapten Norhafizah Muhmad Nor dari Persatuan Belia Waris Bersatu (PEWARIS)
9. Pengenalan kepada Pengurusan Sukan dan Simulasi Pengurusan Sukan oleh Encik Dharzuky bin Daud dari Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan (iLead)
10. Explorace oleh Encik Ibrahim dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
11. Sesi Refleksi oleh Encik Shukeri bin Drahman dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.

Banyak manfaat yang aku dapat sepanjang aku mendengar setiap perkongsian dari para penceramah. Sesekali aku terasa satu semangat baru untuk aku terus kekalkan dan tingkatkan penyertaan aku dalam dunia 'kesukarelawanan' ini. Bagi aku, ianya sangat dekat dengan jiwa aku sepertimana sebelum-sebelum ni.

Sometime, aku rasa rendah diri juga sebenarnya bilamana aku yang paling 'senior' a.k.a 'tua' berbanding para peserta lain dalam kursus tersebut tetapi aku tetap kuatkan diri untuk terus kekalkan momentum sebab aku memang suka dengan aktiviti seperti itu. Tapi mujurlah sahabat-sahabat / adik-adik baru aku ini boleh je terima dan 'bersahabat' dengan aku sepanjang kursus berlangsung.

Selain tu, banyak jugak persahabatan baru terjalin sepanjang berada di sana dan kebanyakannya lebih muda berbanding aku. Aku stay satu bilik 3 kenalan baru iaitu dengan Atan, Zairi dan Aiman. Dan yang lain seperti Syafiq, Hariz, Badri, Nash, Adi, Fahmizan, Aliff, Zaim, Danish dan Farouk.

Untuk kursus kali ini, aku lebih rapat dengan para peserta lelaki dan dah macam adik-beradik dah bilamana interaksi antara kami sentiasa ada dan yang paling best , kami kumpul ramai-ramai dengan jamuan kecil berserta aktiviti games sebagai sampingan.

Banyak bakat-bakat antara dorang yang harus diketengahkan dan perlu diberi ruang dan peluang untuk dorang terus berkembang maju melalui satu platform yang stabil. Bilamana aku tengok dorang, teringat juga kenangan-kenangan lalu semasa aku masih bergelar student. Aku pernah sebelum nie, kursus dalam keadaan aku yang paling muda.

Nak dijadikan cerita, waktu aku dalam perjalanan ke Pusat Latihan Awam Selangor, Morib, aku terlibat dalam kemalangan jalanraya. Betis aku dah berdarah dengan lutut aku pun cedera dan paling sakit adalah pergelangan tangan aku. Masa tue aku 50/50 samada nak teruskan ke Morib atau ke Hospital tapi aku buat keputusan untuk terus ke Morib sebab aku betul-betul nak join kursus ni.

Dan Alhamdulillah, aku dapat teruskan kursus sehingga ke hari terakhir iaitu pada hari Ahad. Malam tue aku baru terus ke Klinik terdekat bersihkan luka-luka dan dapatkan nasihat dari doktor. Aku diberi 2 hari mc untuk aku rehatkan diri dan keesokannya ke hospital untuk sesi x-ray. Alhamdulillah, setakat nie semuanya masih okay.

Apa-apa pun, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat pihak penganjur iaitu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sebab sudi memberi ruang dan peluang untuk saya join kursus ini. Terlalu banyak manfaat dan pengetahuan baru yang saya dapat dan terima sepanjang kursus ini berlangsung.

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
18 Februari 2023

0 comments: