Saturday, February 18, 2023

Sang Kenari KDA FC ke Turkiye...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Sebelum terlambat, aku nak rakamkan takziah buat mangsa kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria yang mengakibatkan ribuan yang meninggal dunia. Malaysia turut menyumbang tenaga dalam membantu mangsa-mangsa di sana. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa dan mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

SANG KENARI A.K.A KEDAH DARUL AMAN FC KE BUMI TURKIYE 

Baru-baru ini, Sang Kenari a.k.a team Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab di Antalya, Turkiye sempena Pre-Season Tour bermula 6 hingga 14 Februari 2023.

Berikut merupakan keputusan penuh 4 perlawanan di sana :-

1. KDA FC (1) vs NASAF FC (Uzbekistan) (2).
Satu gol dijaringkan oleh Willian Lira.

2. KDA FC (0) vs Shakter Karagandy FC (Kazakhstan)(2)

3. KDA FC (1) vs Maktaaral FC (Kazakhstan)(2)
Satu gol dijaringkan oleh Lee Tuck.

4. KDA FC (0) vs Metalist Kharkiv FC (Ukraine)(2)

Walaupun tewas di semua perlawanan, bagi aku ianya satu pentas terbaik bagi KDA FC untuk mengutip pengalaman dan terus membentuk strategi terbaik dalam mengharungi perlawanan-perlawanan yang mendatang.

Pada 5 Februari 2023 yang lalu, aku berpeluang untuk menyertai sesi Meet & Greet Team Departure to Turkiye di KLIA sebagai tanda sokongan aku kepada team KDA FC. Aku turun dari Setapak ke KLIA semata-mata menyatakan sokongan padu aku kepada KDA FC ini.

Dalam banyak-banyak pasukan Bola Sepak di Malaysia, KDA FC adalah team pertama yang aku paling sokong, diikuti KL City FC dan Selangor FC. Yang penting asalkan bukan team 'J'. 😅😅😅

Teruja juga sebenarnya bilamana KDA FC kali ini membariskan beberapa pemain import yang kelihatan cukup baik dari segi permainannya. Diikuti dengan keputusan mengekalkan beberapa pemain yang sedia ada berserta dengan pemain-pemain baru.

Hari ini (18 Februari 2023) sepatutnya aku dah pulang ke Alor Setar, Kedah untuk sertai 'Pelancaran Jersi & Lagu, Pengumuman Penaja Utama, Dermasiswa KDA FC dan Perlawanan Pemain Lagenda Bola Sepak' yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah tetapi ada sedikit hal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku hanya akan tonton dari jauh saja. 😥😭

Sebenarnya, aku tak sabar untuk melihat jersey rasmi terbaru KDA FC untuk home dan away keluaran Lotto. Hopefully, ianya sangat-sangat menarik sebab aku rasa tergugat setelah melihat jersey Selangor FC untuk away yang menggunakan kombinasi Green Royal dengan merah kuning, sangat-sangat menarik. KDA FC pun sepatutnya lebih menarik.

Apa-apa pun, aku nak kongsikan kenangan bergambar dengan para pemain KDA FC semasa di KLIA baru-baru ini.

Bersama Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Presiden Kedah Darul Aman FC
Bersama Tuan Khamal Idris Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC
Bersama Mior Dani Armin
Bersama Lee Tuck, Alan Robertson dan Manuel Ott
Bersama Amirbek Juraboev dan Bojan Ciger
Bersama Manuel Hidalgo dan Jonathan Baloteli
Bersama Willian Lira
Bersama Akmal Zahir, Fadzrul Danel, Al Hafiz Harun, Heshamudin, Kamil Akmal, Aiman Afif dan Ariff Farhan
Bersama Mohammad Fayadh
Bersama Azrin Afiq
Bersama Ifwat Akmal
Bersama Zharmien Ashraf
Bersama Kalamullah Al Hafiz, Wan Amirul Afiq dan Fikri Che Soh
Bersama Manuel Hidalgo
Bersama Bojan Ciger
Bersama Al Hafiz Harun

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
18 Februari 2023

0 comments: