Sunday, January 15, 2023

Gala Premiere Movie SAKRA di Malaysia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Beberapa hari ini, jadual aku sangat padat ditambah pula dengan aku baru ambik dos penggalak ke-2 (Vaksin Pfizer), badan menjadi sedikit letih sehinggalah dapat MC selama dua hari. Pengambilan dos penggalak ke-2 ini sebenarnya adalah sebagai ikhtiar aku untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

Cukuplah aku rasa, seksanya Covid-19 Tahap 3 sehingga aku ditahan dan dikuarantinkan dk Hospital Kuala Lumpur. Perit sangat aku rasa dengan demamnya, sakit kepalanya, keletihan teramat sangat, lesu, sakit dada dan sebagainya lagi. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan kesihatan yang sangat baik kepada aku sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah 😀😀😀

GALA PREMIERE MOVIE SAKRA

Alhamdulillah, semalam pada 14hb Januari 2023 (sabtu) aku telah berkesempatan untuk menghadiri satu event yang best iaitu Malam Gala Premiere Movie SAKRA dengan penampilan eksklusifnya pengarah dan pelakon utama movie ini iaitu Donnie Yen.

Ini merupakan kali kedua aku berpeluang untuk bertemu depan-depan dengan Donnie Yen di Kuala Lumpur. Gambar memang confirm la tak dapat ambik , cuma aku berkesempatan untuk ambik video ketika Donnie Yen lalu di depan aku 😅


Gala Premiere Movie SAKRA semalam diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Boleh tahan ramai jugak la penonton yang datang untuk menyaksikan Donnie Yen depan-depan.

ULASAN MOVIE SAKRA

Movie SAKRA ini bagi aku adalah suatu movie yang penuh dengan aksi melibatkan pelbagai pertarungan dengan seni mempertahankan diri, Kung-Fu sebagai subjek utama. 

Aksi yang dipertontonkan dalam movie SAKRA ini agak menarik sebenarnya disebabkan diselitkan dengan CGI yang sangat-sangat memuaskan dan menarik. Corak / kostum juga serta set penggambaran yang menarik turut memainkan peranan menjadikan movie SAKRA ini nampak cantik.

CUMA! Cuma aku sangat-sangat konfius dengan jalan ceritanya sebab bagi aku terlalu banyak babak-babak tergantung yang membuatkan aku kurang faham sebenarnya apa yang sedang berlaku 😅.

Cuma main utama dia adalah Qiao Feng (lakonan Donnie Yen) difitnah atau dituduh dengan pelbagai tanggapan yang membuatkan dirinya terbuang sedangkan sebelum ini dia adalah ketua utk kumpulan Sekti Pengemis yang menjadi kelompok utama di kawasan mereka.

Pelbagai konflik timbul bilamana Qiao Feng dituduh membunuh ibu ayahnya, membunuh sahabat baiknya, membunuh tuan gurunya dan macam-macam lagi. Tapi kesinambungan dari babak ke babak agak mengelirukan sebenarnya 😅.

Apa-apa pun, secara keseluruhannya, movie SAKRA ini aku bagi 5/10 bintang sahaja. 😅😅

Aku malas nak ulas panjang untuk movie ini tapi korang bolehlah menonton movie ini di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 Januari 2023 (esok).

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
The Ritz Carlton Hotel
15 Januari 2023


0 comments: