Saturday, January 28, 2023

Filem EVA : Take Me As I Am...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Alhamdulillah... Tadi aku berkesempatan untuk menonton filem tempatan yang terbaru arahan Suhaiza Aziz iaitu EVA.

EVA : TAKE ME AS I AM...

Movie EVA ini diterajui oleh Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish serta dibantu oleh beberapa pelakon terbaik dan popular seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Ako Mustapha, Aleeza Kassim, Norman Hakim, Azrel Ismail, Jay Iswazir, Azri Iskandar, Hasnol Rahmat, Tony Eusoff, Sheera Iskandar, Esma Daniel, Mustaqim Bahadon, Zain Hamid dan lain-lain lagi.

Tiga watak utama yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish sangat-sangat baik dan menarik terutamanya Nadia Aqilah dalam membawa suatu watak yg mempunyai beberapa perwatakan atau lebih dikenali dengan istilah 'split'.

Perjalanan cerita ini sangat menarik dan beberapa isu semasa diangkat dalam membawa satu naratif baru terhadap pembelaan / pendakwaan di mahkamah melibatkan isu-isu rogol, penderaan seksual dan sebagainya lagi.

Lebih menarik lagi, konsep movie ini agak 'disturbing' buat sesetengah penonton dimana diselitkan babak-babak penderaan, pembunuhan kejam dan sebagainya lagi dan membuatkan filem ini nampak sangat menarik dan mengujakan.

Bagi aku, movie ini merupakan satu pembawaan baru filem tempatan yang perlu 'diantarabangsakan' terhadap isu yang sangat serius melanda di Malaysia terutamanya melibatkan isu pesakit mental.

Secara keseluruhan, aku bagi 7/10 bintang untuk movie EVA ini. Korang semua disarankan untuk menonton filem ini di pawagam seluruh Malaysia yang telah bermula 26 Januari 2023.

SINOPSIS MOVIE EVA

Kisah Eva, Amy dan Mike adalah orang yang sama tetapi terperangkap dalam satu tubuh. Eva sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak.

Eva mempunyai seorang anak lelaki yang cuba memahami keadaannya dan membantu ibunya. Begitu juga dan kakaknya Elly yang sentiasa berada di sisinya.

Dalam kekeliruan dirinya itu, Eva berjaya menjadi seorang peguam. Namun itu tidak merubah dirinya menjadi manusia normal. Keadaan dirinya terus bertukar-tukar menjadi Amy, seorang pakar forensik dan Mike pula pembunuh.

Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan meletakkan semua orang dalam bahaya.

SESI MEET & GREET BERSAMA CAST MOVIE EVA

Semalam (27 Januari 2023), aku berkesempatan untuk sertai sesi Meet & Greet bersama dengan pelakon utama movie EVA iaitu Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish yang bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Selain dapat berjumpa dengan para pelakon utamanya, aku turut dapat merchandise movie EVA seperti buku nota, kipas tangan dan poster movie ini sebagai koleksi simpanan aku. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa sesi Meet & Greet tadi.

Antara merchandise movie EVA yang aku dapat
Bersama Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish
Bersama Nadia Aqilah
Bersama Nadia Brian
Bersama Shamsul Danish

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
28 Januari 2023






0 comments: