Friday, October 15, 2010

Homoseksual Pemusnah Kebahagiaan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Gejala “Homoseksualiti” iaitu hubungan sejenis bagi mana-mana jantina semakin bertambah parah di negara kita yang bernama Malaysia. Golongan manusia sebegini semakin bertambah dari masa ke semasa. Dua istilah boleh dikaitkan dengan aktiviti sebegini iaitu GAY (bagi lelaki) dan LESBIAN (bagi wanita).

Lebih mengeruhkan lagi apabila penglibatan golongan remaja ISLAM yang semakin rancak dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti ini. Peringkat pelajar sekolah mahu pun peringkat mahasiswa juga sudah semakin tidak terkawal jika aktiviti ini tidak dibendung dengan sebaiknya oleh mana-mana pihak terutamanya di pihak Kerajaan Malaysia.

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga memandang isu ini sebagai isu yang perlu diketengahkan kepada mahasiswa bagi sama-sama membanteras gejala ini dari berleluasa di UTM sendiri. Maksudnya, baik kita semua mencegah dahulu dari merawatnya. Ini kerana perkara ini perlu dibanteras sebaiknya agar ianya tidak tumbuh bagaikan cendawan di sekeliling kita.

Lebih menyedihkan apabila, Negara kita yang tercinta ini akan dikunjungi oleh Ikon Gay dari peserta American Idols iaitu Adam Lambert. Adakah kita semua mahu menyambutnya bagaikan seorang yang perlu anak bangsa kita puja? Atau kita mahu membantunya meluaskan pengaruh dan kelakuannya diikuti oleh anak bangsa kita?

Saya sendiri agak sedih apabila membaca mengenai perkara ini kerana ibarat zaman Kaum Nabi Luth A.S berputar kembali ke zaman teknologi moden ini. Allah Taala ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Luth yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah yang bermaksud,
“(demikian juga) kaum Nabi Luth telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul-Nya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin rebut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Luth, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya! Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.”
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Saya menyeru agar mahasiswa UTM IC menjauhkan amalan sebegini dan terus berdoa agar dijauhkan dari sebarang aktiviti luar tabii yang melibatkan hubungan sejenis. Percayalah, bercinta sesama berlainan jantina lebih afdhal daripada bercinta sesama sejenis. He3…

Sekian, Wallahua’lam…

“HOMOSEKSUAL PEMUSNAH KEBAHAGIAAN”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

Muhammad Salman said...

salam w.b.t. perkara yang melibatkan seksualiti bagi Salman adalah masalah yang serius. Mengikut kajian Salman, perkara yang mendorong berlakunya masalah ini ialah di Malaysia terlalu banyak bahan ransangan yang mudah didapati dalam majalah, buku, internet, televisyen dll. tak hairanlah di Malaysia, jenayah seksual (zina) sangat berleluasa.

bersumberkan pada kajian salman, perkara yang mendorong kepada perbuatan zina ialah dating. sepanjang pemerhatian Salman, di utm dating sangat meliar dan sukar dibendung. hbungan luar tabii seperti gay dan lesbian, belum ada yang dilihat tetapi ada potensi untuk berkembang namun tidak dapat dikesan kerana hubungan sesama lelaki adalah perkara yang luar dari radar, sukar dibaca.

mengikut kajian Salman juga, perkara yang mendorong hubungan luar tabii ini ada sangkut paut dengan sukarnya untuk melangsungkan perkahwinan. lelaki menganggap berkahwin dengan perempuan memerlukan modal dan mas kahwin yang mencecah ribuan ringgit kemudian mesti ada kereta dan rumah. sedangkan hubungan lelaki dengan lelaki adalah murah tidak memerlukan perkahwinan dan berdua2an lelaki dalam bilik tidak dianggap sebagai zina.

berdasarkan kajian salman juga, di utm berlaku pendedahan aurat secara berleluasa, bukan perempuan sahaja, lelaki dan perempuan. sebab itu islam mengambil berat soal aurat. pakaian tidak dipakai mengikut hukum islam yang sebenar.

salman akan terus mengkaji dan mengkaji. salman mengkaji punca. abg wan hazem kajilah bgaimana mencegahnya.