Friday, October 1, 2010

Diskusi UTM IC - UPSI...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Perkongsian ilmu merupakan satu langkah yang amat digalakkan untuk meningkatkan ilmu yang kita pelajari sama ada secara formal mahupun tidak formal atau mungkin tanpa kita sedari. Dengan ilmu juga, membuatkan seseorang itu lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan yang lebih ke arah emosi dan hawa nafsu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Menuntut ilmu adalah fardu kepada setiap muslim, lelaki mahupun wanita.”
(Riwayat Ibnu Majah)


Saya amat berterima kasih dengan Pihak Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa Kediaman Siswa Semarak (JKM-KSS) di atas kesudian mereka menjemput saya dan Mohamad Hazrai mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC bagi menyertai Program Diskusi di bawah Program Jelajah Sukiasi KPT anjuran JMK Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama oleh JKM Kediaman Siswa Semarak, UTM IC yang diadakan pada 26/9/2010 (Ahad) yang lalu.

Hampir 100 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI berkampung di kampus UTM IC bagi melaksanakan beberapa aktiviti seperti diskusi dan perlawanan sukan persahabatan. Diskusi yang dilakukan juga sedikit sebanyak membuka mata kedua-dua pihak dalam melakukan sesebuah aktiviti atau program yang memberi impak positif yang besar kepada mahasiswa yang terlibat.

Antara perkara yang dibincangkan pada sesi diskusi tersebut ialah berkaitan dengan sistem pengurusan aktiviti kolej kediaman, kebajikan mahasiswa di Kolej Kediaman serta Fasiliti yang terdapat di Kolej Kediaman masing-masing. Apa yang menariknya, kedua-dua pihak memberikan satu idea dan perkongsian yang amat berguna untuk dijadikan “Guideline” untuk aktiviti yang akan datang.

Contohnya, penerapan yang digunapakai oleh Pihak JMK KAB UPSI iaitu menggunakan konsep 3 L iaitu “Leaving, Learning and Leadership” dan konsep kemudahan bekerja bagi mahasiswa yang mengalami masalah kewangan. Manakala dari Pihak JKM KSS UTMIC pula, menerapkan konsep perpaduan mahasiswa yang berkebajikan serta semarakkan aktiviti mahasiswa di Kolej Kediaman.

Saya amat berbangga melihat seorang pemimpin Kolej Kediaman yang begitu memandang ke hadapan dalam perlaksanaan membangunkan modal insan di kalangan mahasiswa kita sendiri. TAHNIAH diucapkan kepada Saudari Nabila Raihan (Presiden JKM KSS-UTM IC) dan Saudara Abdul Azim (YDP JMK KAB- UPSI).

Saya mewakili Pihak Majlis Perwakilan Mahsiswa UTM IC berharap agar ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan ke akhirnya. Insyaallah… Semoga pertemuan akan datang akan membolehkan lebih ramai penyertaan dari mahasiswa kedua-dua pihak…INSYAALLAH… TAHNIAH diucapkan kepada JKM KSS – UTM IC dan JMK KAB – UPSI…




Sangat ramai...

Kedua-dua pihak...

Sedang berfikir...


heheheh....





Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: