Friday, April 29, 2016

Captain America : Civil War (2016) - Terbaek dan Terhebat...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“United We Stand, Divided We Fall”

Tagline bagi movie ‘CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR’ ni pada mulanya selepas menonton trailernya di Youtube dah mampu membuatkan aku MESTI ke panggung untuk menyaksikannya sendiri jalan cerita penuh bagi siri Captain America untuk kali ini. Aku mula tertarik dengan watak superhero Captain America ini menerusi movienya yang pertama, ‘Captain America : The First Avengers’, ‘Captain America : The Winter’s Soldier’ dan 2 siri ‘The Avengers’.


 Untuk pengetahuan pembaca semua, aku beli tiket movie nie pada 10 April 2016 sedangkan tayangan movie ini adalah pada 28 April 2016. Betapa semangatnya aku nak menonton movie ni. Movie superhero Captain America menerusi perwatakannya dan teknik lawannya cukup menarik perhatian aku untuk terus memberi sokongan terhadap watak superhero ini.

CAPTAIN AMERICA : CIVIL WAR


Itulah movie yang terbaru aku tengok semalam dengan penuh semangat dan bersiap sedia untuk melihat penceritaannya. Dan yang lebih membuatkan aku berkobar-kobar adalah untuk menyaksikan pertarungan hebat antara dua kumpulan terhebat superhero-superhero keluaran MARVEL iaitu Captain America dan Ironman. Korang pilih #TeamCaptain atau #TeamIronman ? Aku semestinya memilih #TeamCaptain.

Aku cukup tertarik dengan scene terhebat dalam filem kali ini iaitu di mana pertarungan hebat antara 2 puak utama iaitu #TeamCaptain yang terdiri dari Captain America, Scarlet Witch, Winter Soldier, Falcon, Hawkeye dan Antman manakala #TeamIronman pulak terdiri dari Ironman, War Hammer, Black Panther, Black Widow, Vison dan Spiderman. Perghhh masing-masing mempamerkan kekuatan mereka yang tersendiri dan yang paling menarik adalah #TeamCaptain.


 Penceritanya sepanjang menonton movie ni boleh kata cukup best, menarik dan hebat berbanding siri Captain America sebelum ni dan boleh kata ‘Captain America : Civil War’ ni cukup Ummmpphhh terbaekkk... ;) Aku tak boleh nak cerita panjang dan aku cadangkan korang kena turun sendiri ke panggung untuk menyaksikan filem ini.


Secara jujurnya, aku memang layan movie ni. Aku bagi 9/10 bintang untuk movie ‘Captain America : Civil War’ ni atas alasan kualiti dan pertarungan yang sangat hebat ditunjukkan dalam movie ni berbanding movie-movie superhero yang lain. Cuma yang menjadi persoalannya, ke manakah Thor & Hulk yang merupakan antara watak penting bagi Team Avengers.

Apa-apa pun, gabungan dari Spiderman dan Antman dalam movie ni menjadi begitu menarik kerana kedua-duanya antara watak superhero yang cukup hebat dengan kekuatan dan keunikan masing-masing. Tapi aku tetap akan bersama dengan #TeamCaptain ! Hahaha...

Cuma aku cukup terkilan sebab tak dapat turun ke Singapore untuk menyaksikan secara ‘live’ #TeamCaptain menerusi sidang media yang dibuat di Asia. Huhuhu... L Apa2 pun, aku cadangkan korang turun ke panggung, saksikan sendiri movie ni dengan penuh penghayatan dan layan...hahaha

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


0 comments: