Friday, September 3, 2010

Culture & Sport Competition 2010 (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Selepas raya nanti, Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC akan menganjurkan satu program berkaitan dengan Sukan dan Kebudayaan peringkat Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Pe
lbagai acara menarik akan dipertandingkan. Berikut adalah maklumat program:

Nama Program : CULTURE and SPORT COMPETITON 2010 (CSC’10)
Tarikh :
29 September 2010 – 3 Oktober 2010
Tempat : Kampus UTM IC dan Kediaman Siswa Jaya (KSJ)
Anjuran : Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC


Acara dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sukan dan Kebudayaan. Untuk sukan, dibahagikan lagi kepada dua bahagian iaitu “Outdoor” dan “Indoor”. Antara sukan “Outdoor” yang dipertandingkan ialah:
• Futsal
• Bola Tampar
• Bola Jaring
• Badminton
• Ping-Pong
• Bola Keranjang
• Tarik Tali


Bagi sukan “Indoor” pula ialah :
• Dart
• Catur
• Carrom
• Dam
• Congkak
• PC Games (Dota & Pes)


Bagi kategori Kebudayaan pula, acara yg dipertandingkan ialah :
• Dikir Barat
• Nasyid
• Tarian Tradisional
• Boria
• Sketsa / Pentomen
• Syair / Sajak Berkumpulan


Hampir 55 Trofi Emas dipertandingkan. Konsep yang digunakan adalah mengikut Sukan Malaysia (SUKMA) iaitu perlawanan akan berlangsung mengikut Persatuan Akademik masing-masing. Barisan Presiden Persatuan Akademik akan menjadi Ketua Kontijen masing-masing .

Antara Persatuan Akademik dan Kumpulan Kursus yang terlibat ialah PEHARTA, SMART, JURUTEK, MESSA, PEMKA, GEOMATIK, URP, ARCO, COMSTAR, AERO, QS-BINA, DISC, SHR, SAW & SMI. Persatuan manakah yang akan menjulang Kejuaraan pada tahun ini?? Jika tahun lepas, SMART telah menjuarainya, maka tahun ini, SIAPA..???

Oleh itu, saya menyeru agar setiap persatuan pakat-pakat menghantar wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Kalau boleh, setiap persatuan itu melibatkan semua pelajar sama ada tahun 1, tahun 2 mahupun tahun3.

Sebarang pertanyaan, kemusykilan atau apa-apa yang berkaitan, anda bolehlah menghubungi,

• Mohamad Hazrai, selaku Pengarah Program (013-2684616)
• Wan Ayzam Zulhelmey, Urusetia Outdoor Games (013-3136973)
• Hariz Zakwan, Urusetia Indoor Games (013-2778961)
• Wan Muhammad Hazem, Urusetia Kebudayaan (013-3114305)

Maka, Majukan Sukan dan Kebudayaan utk UTM IC seterusnya, negara Malaysia…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

malingsia said...

please inform about the contents of this blog

http://malingsia-malaysiababi.blogspot.com/