Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sudah hampir 3 minggu kita semua berbuka puasa di UTM IC sama ada di Kampus mahupun Kediaman masing-masing. Banyak yang dapat diperhatikan dengan gelagat dan ragam masing-masing dalam menyemarakkan bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan ini.

Kali ini, saya tak mahu banyak berceloteh dengan penulisan saya tetepi sekadar ingin mewakili diri saya dan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk mengucapkan ucapan, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT BERCUTI" kepada seluruh mahasiswa dan warga Universiti Teknologi Malaysia terutamanya di UTM IC.



Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari sekiranya saya ada membuat kesilapan sepanjang saya bergelar MPM UTM IC, terkasar bahasa, terguris di hati atau sebagainya lagi. Saya juga berharap agar korang semua dapat memaafkan kesilapan saya. Insyaallah...

Saya juga berharap agar korang semua pulang ke kampung halaman masing-masing dengan perasan yang gembira dan jangan lupa datang ke rumah saya sekiranya anda semua berada di Alor Star, Kedah Darul Aman.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ucapan, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...."




Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam,
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com