Saturday, June 12, 2010

Perubahan Paradigma...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sarjana barat sering menyarankan bahawa setiap tindakan dan amalan manusia dipengaruhi oleh minda. Perspektif yang lebih menyeluruh mengesyorkan bahawa hati yang mengawal minda dan minda yang mengawal tindak tanduk manusia. Justeru, untuk merangsang perubahan yang bermakna, hati harus dimurnikan dan minda harus dibugarkan.

Untuk merangsang perubahan paradigma, cuba renung, fahami dan hayati petikan-petikan berikut :
  1. Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya.
  2. Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu yang kurang sempurna. Justeru, kita adalah ciptaan yang sempurna. Malangnya, tindakan dan amalan kita yang sering tidak sempurna.
  3. Semua yang baik datangnya dari Tuhan dan yang buruk adalah kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
  4. Setiap perbuatan yang baik pasti akan membawa kebaikan kepada pembuatnya.
  5. Segala kehebatan dan kecemerlangan telah sedia ada dalam diri kita, sekadar menanti untuk digerak dan diserlahkan.
  6. Setiap orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang yang cemerlang. Kenal pasti sumber-sumber yang ada dalam diri anda dan berusahalah untuk menyerlahkan kehebatan diri anda.
  7. Semua orang dalam dunia ingin berjaya, tetapi hanya sebilangan kecil saja yang mencapai kejayaan. Segelintir yang berjaya ini adalah mereka yang telah dapat mengawal nafsu mereka. Nafsulah yang menyebabkan manusia menjadi lalai, hilang tumpuan dan mudah patah semangat.
  8. Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan.
  9. Jika kita terlalu kerap membuat sesuatu dengan cara yang salah, apa yang salah itu dianggap betul dan yang betul pula dianggap salah.
  10. Dalam dunia ini kita cuma boleh mengubah diri kita dan tidak berkemampuan untuk mengubah orang lain. Namun, setiap perubahan yang kita lakukan pasti akan memberi kesan kepada dunia di sekitar kita.

Baiklah....untuk hari ini....saya hanya sebutkan 10 sahaja dahulu...untuk korang semua berfikir dan hayati... manakala 12 lagi saya akan postkan kemudian...hehehe... Oleh itu, nantikan yang seterusnya...

Semua petikan itu diambil dari Buku MAHASISWA ABAD 21...oleh Abdul Razaq Ahmad...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

0 comments: