Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum terlambat, saya, Wan Muhammad Hazem bin Mohd Yusoh dan Keluarga ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK” kepada seluruh kenalan saya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM JB & UTM IC), Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Maahad Mahmud Alor Star, Sekolah Rendah Islam Alor Star dan sebagainya.


Dengan kesempatan Ramadhan kali ini, diharapkan ianya akan membawa sinar yang baik untuk kita semua bagi mendekatkan diri pada-Nya. Insyaallah… 

Apa yang menariknya kali ini adalah saya berpeluang untuk menguruskan kedai ayah saya bersama dengan abang saya di Bazar Ramadhan Alor Star (Depan CIMB Bank). Kedai yang menjualkan pelbagai jenis tudung, telekong, batik & pelikat. Jemputlah korang semua untuk singgah ke kedai ayah saya ini. Insyaallah… 

Insyaallah…ramadhan kali ini juga saya dan abang saya memperkenalkan perniagaan family saya secara atas talian (Bisnes Online) yang menjual pelbagai jenis tudung, telekong dan pelbagai lagi atas nama Gerai-Wan (GW) Enterprise. Jemputlah ‘like’ dan singgah di FB Gerai-Wan (GW) Enterprise. (Klik di sini).

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK” kepada anda semua. Jadikan ramadhan kali ini sebagai medan untuk terus mendekatkan diri pada-Nya dan berbukalah secara berpada-pada serta jangan membazir… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

Zawani Amirah said...

Selamat Berpuasa Hazim.. =)

Anonymous said...

selamat berpuasa dan selamat beribadah abang wan hazem