Thursday, October 6, 2011

Pengasas APPLE Meninggal Dunia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Link
“Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs. Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.”
-Sumber : Harian Metro

Di sini juga saya ingin berkongsikan sedikit pengetahuan dan latar belakang mengenai Pengasas Apple Inc, Steve Jobs.

Latar belakang Steve Jobs

Steven Paul Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 merupakan bekas CEO Apple Computer. Jobs membantu mempopularkan konsep komputer rumah melalui Apple II, dan merupakan di antara orang yang pertama menyedari potensi perdagangan Antara Muka Pengguna Bergrafik (GUI) dan tetikus. Beliau menyelia integrasi teknologi-teknologi berkenaan ke dalam Apple Macintosh dan turut mengetuai Apple Computer bagi perkembangan iPod.

Jobs juga merupakan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pixar Animation Studios, syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan filem-filem animasi seperti The Incredibles dan Toy Story. The Walt Disney Company telah bersetuju untuk membeli Pixar sebanyak ASD$7.4 bilion. Urus niaga ini akan menjadikan Jobs seorang pemegang saham terbesar dalam Disney dan beliau akan diberikan satu tempat dalam lembaga pengarah syarikat.

Steve Jobs dilahirkan di luar nikah di San Francisco, California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara AS, bapanya Abdulfattah John Jandali berbangsa Syria. Kedua-duanya merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik. Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California. Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.

Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.

Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California, dan sering menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas. Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftar masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed.

Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Wozniak. Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan. Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed. Jobs kemudian kembali bekerja di Atari dan ditugasikan untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (padahal dia dibayar AS$5,000) dan Wozniak hanya mendapat AS$350.

*p/s : Diharapkan perkongsian ini sekadar untuk pengetahuan kita semua sahaja… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: