Thursday, October 6, 2011

Bini-Biniku Gangster, Biasa-Biasa Saja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya berpeluang menonton sebuah filem yang digempar-gempurkan oleh kenalan-kenalan saya iaitu ‘Bini-Biniku Gangster’. Filem yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures ini merupakan filem aksi komedi yang santai dan penuh pengajaran.



Filem arahan Saudara Ismail ‘Bob’ Hashim ini boleh dianggap sedikit kelainan daripada filem-filem ‘Gangster’ yang pernah wujud di Malaysia. Kerana apa? Kerana watak utamanya adalah Perempuan. Watak Gangster Perempuan memang dah pernah wujud di Negara-negara luar tetapi di Malaysia ianya masih dianggap baru.

Filem seperti ini sebaiknya dipaparkan secara lebih serius akan menampakkan lebih daya kreativiti buah tangan rakyat Malaysia tetapi elemen ‘komedi’ yang diselitkan sedikit sebanyak membuatkan mutu filem ini kurang menampakkan hasil ‘gangster’ itu menjadi.

Saya merasakan sekiranya filem ‘KL Gangster’ dijadikan rujukan sebagai filem yang bertemakan sedemikian, kemungkinan besar filem ‘Bini-Biniku Gangster’ akan menjadi lebih baik dari filem ‘KL Gangster’. Ya, saya amat yakin dengan pendapat saya ini.

Berkenaan dengan lakonan pula, saya merasakan perwatakan Yana lebih menjadi berbanding Intan. Dan lakonan saudara Shaheizy pula boleh dianggap biasa-biasa saja. Jalan ceritanya juga boleh dianggap unik dan berlainan dengan filem-filem yang pernah dipertontonkan oleh kita sebelum ini.

Saya hanya dapat memberi ‘3 Bintang’ sahaja untuk filem ini. 2 bintang lagi saya simpan disebabkan seperimana pendapat saya di atas. Apa-apa pun, saya sentiasa melihat perkembangan filem-filem Melayu dan saya menanti-nantikan filem-filem yang unik serta memberi impak positif kepada para penontonnya.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

Wanz Mejuez said...

best ke cerita ni??

esok taknak layan movie terbaru pierre andre?? Al Hijab??

wan muhammad hazem said...

boleh la tahan movie nie...

Al-Hijab nmpak macam best tp minggu nie busy dgn asgmnt doe...hahahaha tapi masih menunggi movie Apokalips X dari Mamat Khalid... =)

Michada said...

baru tadi tgk kt kedai makan,agak boring...xtau nk nk serius,gelak or nangis...heheeheh