Tuesday, October 25, 2011

'Seksa Kawan Saya' Sungguh Zalim...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“AMPANG : Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.



Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.

Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.

Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi Berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.”

Sumber : MyBerita.com

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Terutamanya ketika kita yang masih berada di gedung ilmu untuk mencapai impian masing-masing.

Hasad dengki boleh diertikan sebagai suatu sikap yang tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian, sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya? Sungguh, kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan (kekuasaan) yang besar. ”
(An-Nisa’ : 54)

Orang yang mempunyai sifat hasad dengki ini juga membuatkan jiwa mereka sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang mereka telah miliki. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.”
(HR Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy’ari)

Saya agak terkilan melihat anak muda, belia remaja dan orang dewasa yang tidak henti-henti berdengki sesama sendiri, tidak kira dalam perniagaan mahu pun di mana saja. Sedangkan nikmat Allah itu akan datang sekiranya, kita terus berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

Mrs Lurve said...

kdg2 bila pk semula diorg punya sikap nie..mcm org yg ada masalah mental!! gila kot!

ummi muiz said...

simpati..

Beckhrooy said...

macam mane dgan kawan2 nya, dh kna tangkap polis ke lom?