Thursday, June 2, 2011

Ilusi Maya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Ilusi Maya” itulah yang dapat saya katakan mengenai apa yang sedang saya hadapi. Tak terungkap dengan kata-kata dalam mengharungi sebuah kehidupan yang sementara ini. Tapi, saya percaya yang ‘cinta’ itu bukan milik kita dan ia harus berakhir di sini.



Tapi, tak semudah itu untuk saya tewas dengan permainan itu kerana hanya yang di atas saja untuk saya tagihkan cinta yang lebih hakiki. Benar! Memang perit untuk diteruskan tetapi apakan daya, insan lemah seperti saya ini mudah tewas dalam permainan yang melibatkan perasaan.

“Ilusi Maya” ini mungkin penyembuh duka yang sedang dilalui saya dan mungkin, ramai lagi lelaki di luar sana yang senasib dengan saya. Insyaallah, saya akan teruskan juga kehidupan ini dengan 1001 keceriaan dan senyuman yang akan terus mewarnai kehidupan yang penuh berliku ini. Mengejar cita-cita dengan cinta? atau Mengejar cinta dengan cita-cita? Apa-apa pun, terimalah dari saya sebagai perkongsian yang cukup bermakna.. Ilusi Maya (Bienda)…

ILUSI MAYA

Ya Illahi…
Ya Habibi…

Dengarilah, Suara Hatiku
Yang Mengharapkan Hebus Bayumu Itu

Alam Mayaku, Berarak Lesu
Tanpa Cahayamu, Seakan Tiada Dipadu

Oh Mengertilah… Naluriku…
Tikaku Sedar, Ianya Mula Bertemu

Ku Syukuri Keindahanmu
Meniti Waktu, Bersama Kita Merindu…

Oh Hatiku… Terasa Sepi…
Tanpa Bintangmu, Menyinari Hidupku

Damaikanlah, Perasaanku
Biar Insani, Saksi Kebesaranmu..

Ya Illahi…
Ya Habibi…


p/s : Saya percaya, jika ada jodoh, cinta itu akan datang dengan sendirinya… Tanpa kita sedari, ianya adalah sebuah cinta yang sejati…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

ixoramerah said...

Yang diingini tak semestinya dimiliki.
Yang indah tak semestinya hakiki.
Yang pahit itulah ubat.
Yang sakit itulah akan diingat.
Usah gundah mengulit sanubari
kerana yang terbaik telah tertulis oleh tinta Illahi.
Perkemas jiwa, padukan minda.
Kuatkan hati, teguhkan rohani.
Kau akan jadi yang disegani.

-peace- said...

salam

datanglah ke forum cinta itu indah...hehe