Thursday, June 9, 2011

Episod Luka...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Episod Luka” itulah tajuk yang dirasakan amat sesuai dengan apa yang terjadi pada hari ini. Mungkin ini yang dinamakan sebagai asam garam kehidupan di usia remaja ini. Cukup pedih! Cukup sedih! Walaubagaimanapun, kehidupan tetap perlu diteruskan bagi menjanjikan kebahagiaan di masa akan datang. Insyaallah…

Walaupun cantik tapi pahit untuk ditelan... =)

Tapi saya masih percaya ada hikmah disebaliknya. Tidak mungkin perkara ini berlaku bagi terus mensia-siakan hidup saya. Saya masih percaya dengan jodoh dari-Nya yang lebih hakiki. Tiada yang dapat saya ungkapkan, selain terus berdoa agar dipertemukan dengan insan yang lebih sempurna. Insyaallah…

Mungkin perkongsian ini tak sepatutnya saya kongsikan, tetapi saya kongsikan juga sebagai tempat untuk saya meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati saya ini. Sambil tersenyum, noktah! Saya dah tak nak fikirkan masalah ini lagi!

“Thanks a lot for everything, and I know ‘Who I am!’, start from now, I’ll forget u too… Goodbye! ”

Apa-apa pun terimalah,

EPISOD LUKA

Jiwa yang sengsara bila dilanda trauma
Episodnya luka kini hantui kita

Hanyut dibuai resah
Satu impian yang musnah

Hatiku meronta-ronta
Mindaku mencari punca
Sejak bila silapnya
Anggaran minda

Hatiku meronta-ronta
Mindaku mencari punca
Sejak bila emosi
Bertakhta di jiwa

Haruskah aku kini
Melupakan yang lalu?
Haruskah aku kin
Memulakan yang baru?


p/s : Jodoh pertemuan, Allah telah tentukan, hanya kita saja yang perlu mencarinya… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

panda putih said...

ajim, nape nie? putus cinta ke?

wan muhammad hazem said...

huhuhuhu =(