Tuesday, June 28, 2011

Bersih 2.0 : Antara Baik dan Buruknya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

BERSIH ! Itulah isu yang hangat diperkatakan di dada akhbar, di media massa dan sebagainya lagi. Rakyat Malaysia sekarang masing-masing memberi pandangan tentang kebaikan dan juga keburukan berkenaan dengan perhimpunan Bersih ini. Ada yang menyokong ! Ada juga yang menentang !



Perhimpunan Aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan bersama-sama dengan 13 orang lagi iaitu Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

BERSIH 2.0 ini juga telah mendapat hampir 63 Badan NGO di Malaysia termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA), Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kebajikan Bank Islam, All Women’s Action Society (AWAM) serta beberapa dari kumpulan mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Sebagai tambahan Perhimpunan ini turut mendapat sokongan dan bukannya ‘Penganjuran Bersama’ daripada beberapa Parti Politik Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Sarawak National Party (SNAP).

Sebelum saya mengulas lanjut berkenaan dengan isu ini, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak menyatakan sokongan atau bantahan kepada Perhimpunan Bersih 2.0 ini. Apa yang menjadi terdetiknya saya untuk mengulas berkenaan dengan isu ini adalah ada baik dan buruknya apabila diadakan perhimpunan seperti ini.

Apabila membaca banyak artikel dan kenyataan yang dipertunjukkan di dada-dada akhbar dan media massa, saya terfikir adakah isu ini sehebat isu Memali pada tahun 1985 atau isu Reformasi Malaysia pada tahun 1998. Perhimpunan ini digempar-gempurkan sebagai perhimpunan yang akan menggulingkan kerajaan sekarang sehingga pemimpin-pemimpin teratas negara berasa kepanasannya sedangkan perhimpunan ini diadakan atas dasar perhimpunan Aman Tanpa Senjata.

“Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang...”

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) juga telah menghantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan juga pernah menghantar Nota Bantahan kepada Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia berkenaan isu yang dimainkan.

Jika diperhatikan antara permintaan yang dituntut dalam Bersih 2.0 adalah berdasarkan sistem Pilihanraya Bersih dan Adil dan apa yang paling saya ingin perkatakan di sini adalah berkenaan dengan Matlamat Jangka Panjang 5.(E) iaitu berkenaan dengan Media.

i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;

ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;

iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.


Hal ini memang cukup dipersetujui kerana jika diperhatikan sistem pilihanraya di negara lain, setiap ahli politik yang berlainan parti diberi peluang untuk memberi komen atau menjawab setiap persoalan yang ditujukan oleh mana-mana pihak. Dan sepertimana berlaku di Indonesia, setiap pemimpin diberi peluang untuk berbahas secara terbuka bagi meraih sokongan oleh rakyatnya tanpa sebarang pengaruh sesetengah pihak sahaja yakni media massa.

Itu dari segi baiknya diadakan perhimpunan aman ini jika benar-benar dapat direalisasikan oleh semua tuntutan yang dikehendaki yang 100 peratusnya adalah berkaitan dengan Sistem Pilihanraya di Malaysia. TETAPI, ada juga buruknya jika perhimpunan ini berubah menjadi suatu perhimpunan yang agresif kerana perhimpunan seperti ini tidak mampu dikawal oleh sebilangan sekretariat sahaja.

Ditambah pula, dua pihak yang tiba-tiba muncul membuat kenyataan yang menyatakan akan turut sama melakukan perhimpunan sekiranya Bersih 2.0 masih diteruskan iaitu Perkasa Pribumi dan Pemuda UMNO Malaysia. Jika ditakdirkan 2 puak berlainan ideologi ini bertembung dalam satu masa iaitu Puak Bersih 2.0 dan Puak Perkasa Pribumi + Pemuda UMNO Malaysia, maka apa yang akan berlaku pada ketika itu? Wallahua’lam…

Dan apa yang ingin saya katakan di sini, bahawa setiap rakyat Malaysia boleh berfikir secara waras dan matang apa baik dan buruknya sesuatu perkara itu berlaku. Dan saya masih dengan pendirian saya yang saya di pihak ‘Neutral’ tidak terikat dengan mana-mana pihak atau menyokong mana-mana pihak. Dan apa yang saya kongsikan di sini adalah sekadar luahan pendapat semata-mata.

“Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal kemudian Tiada Gunanya…”

Itulah peribahasa yang dirasakan sesuai untuk saya tujukan kepada semua pihak. Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat diharapkan mendapat redha Allah Taala… Insyaallah… Selamat Berjaya untuk semua. =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2009/2010
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

7 comments:

Goblogz said...

sokong

wan muhammad hazem said...

TQ Goblogz... =)

Ijoy said...

tp pd pndpt aku dan mungkin sebahagian besar rakyat, lebih byk buruknya dari kebaikan. kann? sekian. hee ;)

DarrenLai said...

lebih keburukan dari kebaikan, macam bayi merengek nak susu,

panda putih said...

tujuan bersih tu pd mulanya mmg bagus dan ada kebaikannya, tu dell sokong.

tapi tak mustahil masa berhimpun nnt pasti huru hara nye lah.

Cs.Shen said...

tak nampak keburukannya, hanya surat khabar bawah kerajaan memainkan isu-isu psikologi yang menakutkan masyarakat supaya tidak menyertai perhimpunan ini.
contohnya, 'INI akan menyebabkan pengolakan masyarakat.'(tetapi, why it affect the community? dan how it affect the community? tidak dinyatakan.)

satu contoh perhimpunan aman di luar negara, perhimpunan jenis ini diberi pas, dan polis tidak akan serang masyarakat dengan jenis-jenis 'senjata'. Polis-polis tidak hanya menblok trafik tanpa menjaga kelancaran lalu lintas.

tetapi apa jadi di dalam negara yang saya sayangi ini amat berbeza... mengecewakan aku.

sebahagian kebaikannya:
- ia merangsang kesan ekonomi tempatan di tempat berhimpunan, disebabkan kesemua orang dari beberapa negeri perlukan pebelanjaan transport, makan dan tempat tidur, kemungkinan bershopping selepas perhimpunan itu

- kerajaan boleh nampak isu-isu penting dan amat perlu diambil hati dengan JELAS!! Masyarakat perlu bersuara, karajaan perlu mendengar!

Jika masyarakat nak bersuara, tetapi kerajaan tutup mulut masyarakat. How do we talk about peace in this country?

zaki said...

tugas polis jaga keamanan.. mereka la yang perlu pastikan agar pertembungan tidak berlaku. bukannya mengharamkan