Friday, June 10, 2011

Asal Usul Lagu Negaraku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin berkongsikan mengenai “Asal-Usul Lagu Negaraku”. Maklumat yang diperolehi dari Buku Jelajah Belia : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini, amat berguna dan patut dikongsikan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya Golongan Belia, Bakal Pewaris Kepimpinan Negara.



Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Nada asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan (Lagu ini juga merupakan lagu kebangsaan Negeri Perak). Melodi lagu ini ketika itu sangat popular di Singapura dan Malaysia. Tunku Abdul Rahman Putra telah mencadangkan supaya sebuah lagu kebangsaan Malaya diwujudkan sempena kemerdekaan.

Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tetapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil pencipta lagu terkenal. Di antara pencipta-pencipta yang terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti dan Zubir Said (pencipta lagu Singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia

Lanjutan daripada itu pemimpin kerajaan telah memutuskan untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan setelah menukarkan liriknya. Berikut adalah lirik lagu Negaraku…

Negaraku…
Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju

Rahmat Bahgia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

Rahmat Bahgia Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta

Sumber : Buku Jelajah Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

p/s : Diharapkan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit maklumat atau sejarah di sebalik sebuah negara yang aman dan damai yang bernama “Malaysia”… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

Cik Leen_Dewi Syifa said...

Entri yg sgt best...^^