Monday, March 21, 2011

Ulang Tahun Pertama Blog "Liku-Liku Kehidupan"...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“20 Mac 2011” maka genaplah SETAHUN penghasilan blog “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” yang diterajui oleh saya sendiri. Selama setahun berkecimpung semula dalam ber‘bloging’ ini, dengan pertambahan mendadak seramai 132 orang pengikut blog tersebut dan hampir 17,000 (pembaca blog) yang pernah singgah atau membuka blog ini. TERIMA KASIH saya ucapkan.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” dijadikan tajuk atau nama bagi blog ini? Jawapannya, kerana “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” adalah sebagai simbolik untuk menggambarkan liku-liku perjalanan seorang hamba-Nya yang mengharungi kehidupan bagi mengangkat martabat dan pemikiran seorang Belia Remaja Islam ke satu tahap yang lebih tinggi.

“LIKU-LIKU KEHIDUPAN” juga menjadi tempat luahan apa yang dirasa, perkongsian ilmu, pemerhatian semasa dan sebagainya berkaitan dengan sekeliling saya. Saya juga menjadikan blog ini sebagai medan perjuangan dan medan dakwah saya berkonsepkan penulisan atau cebisan pendapat dan kajian yang dilakukan.

Saya amatlah berharap agar pembaca-pembaca blog saya ini sentiasa berkongsi pendapat dan berkongsi pengalaman bersama saya sebagai penyatuan untuk bersama-sama mencari penyelesaian dan membimbing rakan-rakan sekeliling bagi mengembalikan semula mertabat pemikiran Belia Remaja bagi merubah menjadi yang lebih baik.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca blog semua, anda semua boleh juga sertai Group “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” di Facebook yang sekarang ini memperolehi hampir 630 keahlian. Kumpulan tersebut hanyalah sekadar untuk ‘Belia Remaja Malaysia’ berkongsi suka-duka dalam kehidupan seharian.

Ini adalah langkah untuk kita sama-sama berkongsi pendapat dan rasa dalam kehidupan yang semakin hari semakin liar. Tiada apa yang dapat kita lakukan sekiranya kita masih tidak mampu membuat perubahan dalam diri kita. Insyaallah, sekiranya kita sentiasa mengingati ALLAH, nescaya Allah akan sentiasa bersama-sama dengan kita.

Akhir kata, saya amatlah berharap kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog menyokong terus akan blog “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” dan sekiranya ada permasalahan dari segi artikel yang dipostkan, anda semua bolehlah terus menghubungi saya. Insyaallah. Diharapkan agar blog “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” ini terus dikunjungi dan dilayari anda semua. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pemilik Blog “LIKU-LIKU KEHIDUPAN”
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

Anonymous said...

aik baru setahun je

WMHMY said...

Yup,salman....blog ini baru setahun...nape man..???