Saturday, March 26, 2011

Terus Melangkah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Terus Melangkah” itulah yang perlu diterapkan dalam diri kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar sejak hari-hari ini. Walau apa pun yang terjadi, perjuangan kehidupan perlu untuk kita semua teruskan demi merealisasikan 1001 harapan. Sekiranya kita tewas, rugilah kita. Tetapi sekiranya kita terus kuat bertahan, Insyaallah…kejayaan akan terus tiba di celahan rekahan laluan yang dilalui.

Melihat ragam pelbagai jenis kawan dan lawan, saya percaya disebalik kegembiraan yang dirasai pasti akan ada kesedihan / kemurungan di sebalik kegembiraan itu. Oleh itu, teruskan melangkah ke hadapan dan teruskanlah bertawakkal di sebalik usaha yang telah dilakukan. Setiap kita boleh lakukan untuk mencapai sebuah ‘KEJAYAAN’. =)

Terimalah dari saya,

TERUS MELANGKAH…



Kekecewaan sering menyelubungi
Di kala aku bersendirian
Memikirkan hawa nafsu
Sering menguasai diri
Ketika aku masih muda dahulu

Tidak tahu apa erti kecewa?
Tidak tahu apa erti gembira?

Usia semakin merangkak perlahan-lahan
Aku harus kecapi impian
Aku harus buktikan bahawa
Aku mampu meraih kejayaan…

Kejayaan tidak akan aku kecapi
Jika aku terus begini
Jika aku terus menghambakan
Diri ini ke jalan kekecewaan
Atau jalan kemusnahan

Aku akan terus melangkah
Tapi bukan ke jalan hitam
Tetapi jalan putih yang masih bersinar
Yang masih mencari
Hamba-hamba yang terumbang-ambing

Mulai di sini
Aku akan terus melangkah
Sebanyak mungkin mencari sinaran
Putih yang sememangnya menjadi harapanku

Ya Allah…
Terimalah doaku ini
Demi kebahagiaanku di dunia ini
Dan akhirat sana yang telah
Engkau janjikan kepada hamba-Mu
Yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Mu

Amin…
Ya Rabbal Alamin…


Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com