Saturday, July 3, 2010

Minggu Transformasi Mahasiswa (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu kembali dalam blog ini. Apa yang menariknya pada hari ini ialah saya ingin mengulas sedikit mengenai persediaan menerima mahasiswa baru di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur pada esok hari.

SELAMAT DATANG dan TAHNIAH kepada semua mahasiswa baru yang berjaya melangkah kaki ke Universiti Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia, kami di Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur mengalu-alukan semua kedatangan mahasiswa baru ke Universiti ini.

Apa yang menariknya mengenai persediaan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) yang diketuai oleh Saudara Hariz Zakwan (Naib Presiden MPM) ini, ianya melibatkan 68 crew dari semua persatuan termasuk Barisan Exco Majlis Perwakilan, Mohamad Hazrai, Mohd Irfan, Nur Hidayu dan saya sendiri, inilah satu-satunya program yang melibatkan dan menggabungkan mahasiswa Diploma dan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di bawah satu bumbung organisasi.

ALHAMDULILLAH…semuanya sekarang ini berjalan dengan lancar dan saya ada juga sedikit terkilan dengan komitmen yang diberikan oleh beberapa orang daripada crew MTM ini adalah kurang. Dan saya ucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua crew MTM yang memberikan sepenuh komitmen terhadap persediaan Gerak Kerja Minggu Transformasi Mahasiswa ini. Korang semua adalah TERBAIK.

Saya berharap agar kita semua diberkati dan membuat kerja secara ikhlas serta memberi sepenuh perhatian terhadap tugas masing-masing. Kepada semua crew MTM yang terlibat di Meja Pendaftaran esok iaitu Darren Lai, Azimudin, Asilah Syamimi, Iylia, Wan Ainun, Muzaffar Izamudin, Najwa Dalila, Sulieza, Haziq Mohamad, Irfan Shah, Syafiqah Saffah, Siti Nornadiah, Saidah, Abdullah Sufi, Wan Ayzam Zulhelmey dan sebagainya, Harap kita semua buat yang terbaik. INSYAALLAH…

Akhir kata, jadikan MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA ini sebagai Minggu Yang Terbaik dari sebelumnya. INSYAALLAH…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

MUHAMMAD SALMAN ABDUL RAHMAN said...

saya tidak menafikan bahawa MTM yang dijalankan betul betul mentransformasi mahasiswa baru kearah mendalami suasana kehidupan di u termasuklah saya. Namun dalam tempoh berlangsungnya MTM ini masih berlaku kecurian dan kehilangan yang apabila dilaporkan, crew2 seperti mati akal dan tiada tindakan drastik yang dibuat, menyebabkan saya sebagai salah seorang mangsa kecurian telah mempersoalkan kewibawaan crew2 yang bertugas semasa berlangsungnya MTM. saya harap MTM akan datang tidak berlaku kejadiaan seumpamanya.