Monday, July 12, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ (2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Apa yang membuatkan saya secara tiba-tiba menulis blog ini adalah disebabkan beberapa isu yang ingin saya perjelaskan secara umum sebelum isu itu bertambah kecoh, bertambah parah...

Pertamanya mengenai ISU KENAIKAN HARGA SEWA BILIK di Kediaman Siswa Jaya. Perkara ini telah saya bangkitkan secara bersemuka dengan Timbalan Naib Canselor, Prof.Dr. Mohd Tajuddin Bin Hj. Ninggal ketika mana kami melakukan "Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka" bersama En.Sharil Abdullah. Perkara ini sedia maklum dan tetap akan diteruskan oleh universiti disebabkan beberapa faktor. Saya sendiri telah membangkitkan perkara ini kepada Pengetua Kediaman Siswa Jaya, En. Noh Muhamad Adlan tetapi masih tidak berjaya kerana ianya telah ditetapkan oleh Universiti sejak setahun lebih yang lalu. TETAPI Pihak Kediaman Siswa Jaya telah menjanjikan akan menyediakan infrastruktur yang lebih lengkap berbanding sebelumnya.

Keduanya berkenaan ISU WIRELESS di Kediaman Siswa Jaya. Pagi tadi saya telah membuat aduan berkenaan isu ini sebanyak dua kali iaitu pada sebelah pagi dan petang. Perkara ini telah diambil perhatian kerana ia melibatkan ketiga-tiga blok Kediaman Siswa Jaya. Jika ia masih lagi berlaku kita akan terus membangkitkan perkara ini kerana KENAIKAN HARGA SEWA BILIK ADALAH TIDAK SELARAS DENGAN INFRASTUKTUR YANG DISEDIAKAN TERMASUK KHIDMAT WIRELESS DI KEDIAMAN SISWA JAYA.

Ketiganya berkenaan dengan ISU KAFETERIA juga di Kediaman Siswa Jaya. Apa yang ingin saya perjelaskan di sini adalah saya serta Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah membuat surat yang bertarikh 29 Mac 2010 serta memberi sokongan kepada Pihak Man Bo Kafe untuk meneruskan kontrak di Kediaman Siswa Jaya dan ianya telah berjaya serta pihak berkenaan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuk KEBERSIHAN. TETAPI apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Saya sekarang masih mendapatkan maklumat dari pihak yang terlibat untuk mencari jawapan terhadap persoalan ini. INSYAALLAH....

Diharapkan dengan penjelasan saya terhadap ketiga-tiga perkara ini akan saya terus perjuangkan. INSYAALLAH... Sokongan dari seluruh mahasiswa adalah sangat diperlukan terhadap beberapa isu yang telah saya bangkitkan. Dan saya berharap agar seluruh mahasiswa bersabar serta terus membantu Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk mencapai sasaran kita terhadap beberapa isu yang akan terus menyemarakkan lagi suasana "SUARA SISWA"... INSYAALLAH...

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

Unknown said...

manbo mesti kembali!
wireless tak kene dengan harga yang mahal sekarang !
harap semua akan kembali pulih semula.