Thursday, July 22, 2010

Selamat Datang Mahasiswa Baru UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertambahan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur merupakan satu perkembangan baik kerana pertambahan pelbagai ideologi baru ini yang akan diterajui oleh bakal-bakal pewaris kepimpinan Negara dan digunakan sebaik mungkin sebagai aset utama sesebuah negara.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri amatlah mengalu-alukan para pelajar lepasan SPM, STPM dan sebagainya lagi menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi untuk menuntut ilmu. Pelbagai kemudahan dan pinjaman yang diberikan semata-mata bagi memenuhi hasrat mereka bagi menjejakkan kaki ke menara gading.

Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga menyokong penuh perkara itu sebagai langkah memastikan daya usaha yang ditonjolkan oleh para pelajar di peringkat sekolah bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat universiti sama ada di dalam atau luar Negara.

Saya, selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga ingin mengucapkan “SELAMAT DATANG dan SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE UTM IC” serta mengalu-alukan kedatangan para mahasiswa baru (panggilan kedua) yang akan mendaftar pada esok hari di Kediaman Siswa Jaya.

Saya juga berharap agar seluruh mahasiswa baru dapat membawa diri secara berdikari dalam membangunkan modal insan yang ada dalam diri setiap mahasiswa baru itu supaya tidak tersasar dari harapan ibu ayah anda serta semangat anda dalam meneruskan pengajian ke peringkat universiti ini iaitu di Universiti bertaraf Penyelidikan, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR.

Sekian, Wassalam…

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

nrabiatul said...

nak wifi ...
:D