Tuesday, December 3, 2019

Tayangan Perdana The Sacred Riana : Beginning di Malaysia...


Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Korang minat menonton Horror Movie? Aku salah seorang yang meminati filem-filem yang bergenre seram ini terutamanya filem dari South Korea, Thailand dan Indonesia. Ada yang mampu meninggalkan kesan dan ada juga yang tak takut langsung. Dan yang paling terbaru aku tengok di wayang adalah filem ‘The Sacred Riana : Beginning ’ sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu pada 1st Premiere di GSC Melawati Mall pada 30 November 2019, 2nd Premiere di MBO Setapak Mall pada 1 November 2019 dan 3rd Malaysia Premiere Night di TGV 1 Utama pada 2 November 2019.

‘THE SACRED RIANA : BEGINNING’

Rasanya sudah lama aku tak bagi review filem-filem yang aku tonton di pawagam untuk update di blog nie sebab aku lebih tertumpu kepada mengupdate informasi dan berkongsi pengalaman mengenai pengembaraan aku di negara luar dan kali ini aku tertarik untuk berkongsi serba sedikit mengenai filem ‘The Sacred Riana : Beginning’ sebagai perkongsian entry terbaru aku kepada korang semua.

Sebelum ini aku tak pernah dengar mengenai filem ini sehinggalah aku mendapat informasi dari beberapa pihak di Instagram seperti Pure Pixels a.k.a Bro ZhafVlog, Rekomen Filem dan lain-lain lagi, apabila mereka berkongsi tentang filem ini semasa membuat liputan di Malam Gala Tayangan Perdana The Sacred Riana : Beginning di Indonesia sekitar September 2019 (rasanya). So, aku sentiasa menunggu bilakah filem ini akan keluar di Malaysia...

First trailer aku tonton di youtube memberi satu gambaran berbeza mengenai filem ini dan fikiran aku sentiasa bermain adakah persembahan The Sacred Riana ini adalah sehebat beliau beraksi di pentas Asia’s Got Talent 2017 yang menobatkan beliau sebagai juara bagi musim tersebut? Apa-apa pun, aku ucap TAHNIAH terlebih dahulu buat The Sacred Riana yang telah meraih gelaran JUARA bagi Asia’s Got Talent 2017!

Ketikamana aku menonton filem ini buat kali pertama pada 30 November 2019 sebagai hari pembukaan pertama filem ini ditayangkan di Malaysia atau sesi Premiere dan Meet & Greet bersama The Sacred Riana, aku terus terpikat dengan jalan ceritanya yang mempunyai sedikit kelainan yang begitu ketara dari persembahan filem-filem seram Indonesia. Penceritaannya yang jelas dari babak ke babak yang seterusnya walaupun ada beberapa kekurangan ketara yang aku fikir ‘boleh’ dibaiki di masa akan datang.

Pada permulaan cerita, watak Riana semasa kecil cukup mudah difahami tetapi tidak ditunjukkan kelebihan yang ada pada wataknya itu sehinggalah beliau menjadi Riani (boneka) sebagai sahabat rapatnya. ‘Gifted’ atau talent yang ada pada watak Riana sebaiknya dipertunjukkan dengan menjadikan kelebihannya itu sebagai subjek utama untuk dipertontonkan.

Kekurangan ketara yang aku fikir sedikit sebanyak memberikan kekecewaan kepada aku adalah watak dan perwatakan The Sacred Riana sebagai Riana tidak dipertonjolkan sebaiknya dan kurang menyerlah dalam filem ini. Harapan aku yang paling utama ketika mula-mula nak menonton filem ini adalah melihat aksi The Sacred Riana sepertimana pengaruhnya dalam menguasai pentas di Asia’s Got Talent 2017. Aku mengharapkan yang filem ini akan dipertontonkan dengan karakter hebat The Sacred Riana tetapi watak dan perwatakan Riana digarapkan sebagai ‘kurang menonjol’ dan aku kurang mendapat kepuasan yang aku inginkan ketikamana menonton filem ini. Atau akan ada sekuel filem ini yang memberi fokus kepada watak Riana?

Tetapi watak dan perwatakan Carlos Camelo sebagai Bava Gogh sebenarnya yang paling menonjol. Pada mulanya aku ketawa terbahak-bahak ketikamana watak ini muncul dengan lagaknya seperti The Joker, tetapi jalan cerita filem ini cukup kuat dengan memberikan kelebihan semaksima mungkin melalui watak Bava Gogh ini. Syabas buat Carlos!

Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang bagi filem ini kerana aku agak tertarik dengan jalan ceritanya yang sedikit unik dan menarik untuk dipertontonkan dan ianya akan menjadi lebih baik sekiranya watak dan perwatakan RIANA dipertonjolkan dengan semaksima mungkin, ianya mampu memberikan kelebihan dan kepuasan untuk penonton seperti aku.

Nie sinopsis filem ini,

“Pada zaman kanak-kanaknya, Riana tinggal di sebuah bandar kecil dengan bapa dan ibunya yang menjalankan perniagaan rumah pengebumian. Bencana memerlukan mereka berpindah ke rumah Uncle Johan di Jakarta dan Riana bertemu dengan anak patung bernama Riani. Suatu hari Riana telah dikunjungi oleh Puan Klara iaitu seorang guru kaunselor di sekolahnya yang ingin tahu mengapa Riana tidak menghadiri sekolah dan menyarankan Riana menjalani pemulihan. Bencana berlaku kepada ibu bapa Riana dan Puan Klara datang lagi ke rumah Riana bersama-sama dengan Hendro, Lusi dan Anggi untuk membantu Riana bersosial. Tetapi kehadiran mereka mencetuskan masalah yang lebih besar dan makhluk jahat pada masa lalu dibebaskan dan mengganas.”

Nak tahu lebih lanjut? Apa lagi, jangan lupa ke pawagam seluruh Malaysia untuk menonton filem ‘The Sacred Riana : Beginning’ mulai 12 Disember 2019. Jangan lupa ya! Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana bertemu dengan The Sacred Riana secara lebih dekat. Yeahhhh J

Sebelum terlupa, thanks a lot to Pure Pixels a.k.a Bro ZhafVlog dan Hadam Project untuk tiket premiere tonton filem nie...yeahhh ;) Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana aku dapat bertemu dengan The Sacred Riana untuk 3 kali (3 hari berturut-turut)...yeahhh :)



Barisan para pelakon filem The Sacred Riana : Beginning...

Malam Gala Tayangan Perdana The Sacred Riana : Beginning di Kuala Lumpur...





Wahhh... Riana 'like' aku punya gambar kat Instagram...hehe :)


Ikhlas dari,
WMHMY
Kuala Lumpur
03/12/2019



Monday, November 25, 2019

FINALE : All Stars Buka Panggung ~

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Wahhhh sekejap sahaja lagi, kita bakal menghampiri Tahun 2020 yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua orang termasuklah saya sendiri. Keterujaan ini pasti tertumpu kepada destinasi-destinasi pelancongan di luar negara yang akan aku terus jelajahi dalam membawa diri melihat negara orang di luar sana.

Sebelum nie aku ada berkongsikan mengenai Shanghai dan terlalu banyak emel saya terima dan mesej di Facebook yang bertanyakan mengenai itinerary Shanghai ini. Ada yang saya sempat balas dan ada yang saya tak sempat membalasnya. Apa-apa pun, terima kasih bebanyak sebab sudi singgah ke blog saya untuk melihat serba sedikit info yang sempat saya kongsikan. Doakan agar saya terus diberi peluang oleh-Nya untuk terus melihat kebesaran-Nya di luar sana.

Baru-baru nie aku sempat meluangkan masa secara solo explore sebuah negara Islam iaitu Maldives. Nanti saya akan kongsikan di entry yang akan datang. Dan bulan lalu saya sempat ke Chiang Mai & Chiang Rai (Thailand) dan sempat singgah di sempadan negara Laos dan Myanmar. Hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki di Chiang Mai & Chiang Rai kerana itu salah satu tempat yang sangat2 aku teruja untuk melawatinya.

Untuk entry yang akan datang, aku akan kongsikan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati seperti Negara Maldives, Negara Brunei, Chiang Mai & Chiang Rai (Thailand), Nha Trang (Vietnam), Busan & Jeju Island (South Korea), Bali, Palembang & Padang (Indonesia), Beijing & Tianjin (China) dan Phnom Penh (Cambodia).

FINALE : All Stars Buka Panggung...

Sebelum tue, aku nak ucapkan berbanyak ucapan 'Terima Kasih' kepada pihak Astro Warna kerana sudi menjemput aku ke Finale All Stars Buka Panggung pada 18 Oktober 2019 yang lalu dan memberikan tiket VVIP. Ini merupakan kali pertama aku menonton secara 'live' bagi melihat secara dekat para peserta yang terdiri di kalangan para pelakon profesional menguji dan mencabar diri untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.

Aku juga diberi peluang untuk tour di belakang pentas sebelum program ini berlangsung dan dapat beramah-mesra dengan orang-orang di belakang tabir serta para finalis seperti Dato Aaron Aziz, Rita Rudaini, Norkhiriah dan Zul Huzaimy. Ianya satu pengalaman unik yang takkan dapat dimana-mana. hahaha...

Finale All Stars Buka Panggung ini diadakan di Royale Theater Shah Alam dan dihoskan oleh Ajak dan Shahrol Shiro. Persembahan pembukaan begitu menarik apabila disampaikan oleh Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu.

Malam tersebut menjadi malam bertuah buat pelakon Zul Huzaimy apabila beliau dinobatkan sebagai Juara, manakala Noorkhiriah (Naib Juara), Dato Aaron Aziz (Ketiga) dan Rita Rudaini (Keempat). Aku sebenarnya begitu tertarik dengan persembahan Zul Huzaimy dan Noorkhiriah kerana kedua-dua pelakon ini cukup menjiwai wataknya dan mampu berdialog secara spontan yang sedikit sebanyak mengundang tawa para penonton.

Apa-apa pun, aku ucapkan TAHNIAH buat semua dan semestinya aku ucapkan sekali lagi ucapan Terima Kasih kepada Mr Robin kerana sudi memberi peluang kepada aku dan 2 orang rakan aku, Mustapha Shobri dan Kamarul Firdaus untuk menghadiri pentas akhir All Stars Buka Panggung ini. Terima kasih daun keladi! Yeahhh...

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan semasa tour belakang tabir dan sebelum program berlangsung. Yeahhhh... :)

Aku bersama Juara, Bro Zul Huzaimy... ~

Aku bersama Naib Juara, Kak NoorKhiriah... ~

Aku bersama tempat Ketiga, Dato Aaron Aziz... ~

Aku bersama tempat Keempat, Kak Rita Rudaini... ~

Atas stage All Stars Buka Panggung... ~

Depan pintu keramat All Stars Buka Panggung... ~

Aku bersama sahabat-sahabat aku, Mus & Kamarul... ~


Sekian, wallahua'lam...

Ikhas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, May 26, 2019

Tempat-Tempat Menarik Di Shanghai, China...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Baru-baru ini aku berpeluang untuk mengembara secara backpackers yang asalnya secara solo dan seminggu sebelum berlepas ke Shanghai, 2 orang member aku pun nak ikut bersama walaupun semuanya aku telah siap tempah termasuk flight tiket, hotel, tiket ke Disneyland dan lain-lain lagi.


Sekarang ini, aku berbesar hati nak kongsikan beberapa tempat yang menarik yang seharusnya korang semua pergi sekiranya ke Shanghai, China kerana di sini korang boleh explore sebaik mungkin untuk beberapa hari.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SHANGHAI, CHINA...

1. YUYUAN OLD STREET

Di sini anda akan diperlihatkan dengan kepelbagaian kedai-kedai yang mempunyai unsur-unsur senibina kebudayaan lama masyarakat China. Keunikan kesenian terhadap binaan di sini, membuat kan kawasan ini sentiasa penuh dengan pelancong.

Di sini terdapat 3 tempat yang perlu korang pergi iaitu Yuyuan Garden, Yixiulou dan Jiuqu Bridge.

Aku di depan Yixiulou... 

Aku di Jiuqu Bridge... 

Salah satu lorong di Yuyuan Old Street... 


Untuk pengetahuan korang, semasa dari stesen Metro menuju ke Yuyuan Old Street, anda akan terjumpa masjid dan beberapa restaurant halal di kawasan ini. Di sebelah masjid juga terdapat kedai-kedai yang jual souvenir termurah. Cuma berhati-hati dengan scammer di sini.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Yuyuan Garden Station di Line 10 dan Exit 2. Selepas keluar belok ke kiri then jalan sikit sampai jumpa simpang jalan dan belok ke kiri sekali lagi sampai jumpa masjid)

Masjid yang saya maklum, nie gambar dia...

Gambar di luar masjid... 

Gambar di dalam masjid... 

2. NANJING ROAD

Nanjing Road adalah salah satu laluan utama bagi mereka yang suka membeli-belah kerana di sini begitu banyak blok-blok bangunan yang menjual barangan-barangan berjenama termasuklah pakaian-pakaian dan fesyen-fesyen terkini.

Salah satu bangunan yang terdapat di sini... 

Suasana sepanjang Nanjing Road... 

Di depan salah satu blok membeli-belah... 

Di sini merupakan salah satu jalan membeli-belah yang paling sibuk di dunia. Jalan ini dinamakan sempena Bandar Nanjing, Ibu kota Jiangsu. Jalan Nanjing ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Nanjing Road East dan Nanjing Road West.

Di sini juga, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan scammer kerana begitu ramai scammer yang tertumpu pada pelancong yang bergerak secara solo.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Nanjing East Road Station di Line 10 dan Exit 2)

3. THE BUND

The Bund... 

The Bund juga dikenali sebagai Waitan. Ia adalah kawasan tepi laut yang terkenal di tebing barat Sungai Huangpu dan dianggap sebagai simbol Shanghai. Di sini, pesona Shanghai sebagai metropolis yang sibuk yang menggabungkan sejarah abad lampau dan masa depan yang berkembang pesat dipersembahan sepenuhnya, menjadikan The Bund Shanghai sebagai daya tarik yang harus dilihat.

Antara tempat lepak di The Bund... 

Salah satu bangunan yang terdapat di sepanjang The Bund... 

Di sini juga, korang boleh singgah di Chenyi Square, Waibaidu Bridge dan Huangpu River.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Nanjing East Road Station di Line 10 dan Exit 2, then belok ke kiri dan jalan terus sehingga sampai di tepi laut)

4. THE TOWERS

Dari kiri Shanghai World Financial Center, Jin Mao Tower dan Shanghai Tower... 

- SHANGHAI TOWER

Shanghai Tower merupakan menara kedua (ke-2) yang tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 632 meter / 2,073 kaki dan mempunyai 128 tingkat.

- SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTER

Shanghai World Financial Center merupakan menara ke-11 yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 492 meter / 1,614 kaki dan mempunyai 101 tingkat.

- JIN MAO TOWER

Jin Mao Tower merupakan menara ke-28 yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian setinggi 421 meter / 1,380 kaki dan mempunyai 88 tingkat.

- ORIENTAL PEARL TV TOWER


Oriental Pearl TV Tower ini mempunyai ketinggian setinggi 468 meter / 1,535 kaki dan mempunyai 153 tingkat dan pernah menjadi struktur binaan tertinggi di China dari Tahun 1994 sehingga 2007.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Lujiazui Station di Line 2)

5. QIBAO ANCIENT TOWN

Qibao Ancient Town ini merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong yang cintakan makanan kerana di sini begitu banyak kedai-kedai makanan dan semuanya adalah tidak halal.

Aku berdiri di jambatan yang terdapat di Qibao... 

Suasana di Qibao... 

Apa yang menarik di sini adalah suasana dan struktur binaannya yang unik dan asli China. Di sini terdapat satu jambatan melengkung Utama yang sentiasa penuh dengan pelancong untuk bergambar.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Qibao Station di Line 9 dan Exit 2. Selepas tue, korang belok ke kanan dan jalan terus sehingga jumpa simpang jalan then belok ke kanan selagi lagi dan jalan terus sampailah korang nampak signboard Qibao Ancient Town)

6. TIANZIFANG

Aku di depan laluan masuk ke Tianzifang... 

Suasana di Tianzifang... 

Suasana di Tianzifang... 

Tianzifang ini merupakan satu kawasan yang begitu banyak dengan kedai-kedai jualan oleh masyarakat tempatan. Banyak benda yang korang boleh beli di sini termasuklah baju-baju, aksesori, makanan2, souvenir dan lain-lain lagi. Harga di kawasan ni masih boleh bargain. Dan korang dinasihatkan lalu setiap lorong kerana setiap lorong ada kedai-kedainya yang tersendiri.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Dapuqiao Station di Line 9 dan Exit 4)

7. XIN TIAN DI

Xin Tian Di ini adalah jalan pejalan kaki yang sangat unik dan menarik kerana di kelilingi dengan elemen bangunan Shikumen gaya lama dan senibina bangunan modern.

Salah satu di signage Xintiandi... 

Suasana di Xin Tian Di... 

Di tengah-tengah Xin Tian Di... 

Di sini anda akan merasai keunikan yang tersendiri dengan elemen senibina tahun 1920-an dan gaya hidup moden bandar-bandar di abad ke-21.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Xin Tian Di Station di Line 13 dan Exit 3)

8. SHANGHAI ZHUJIAJIAO ANCIENT TOWN - WATER TOWN

Zhujiajiao Ancient Town ini terletak 47 km dari Bandar Shanghai. Ia adalah sebuah bandar air khas dan kino di Daerah Qingpu, di selatan Sungai Yangtze, yang mempunyai hampir 1,700 tahun sejarah. Zhujiajiao juga dikenali sebagai 'The Venice of Shanghai' yang mempunyai jalan air yang begitu indah dan menarik, jambatan batu melengkung, jalan-jalan lama yang disusun dengan batu dan lebih dari 10,000 bangunan sejak Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911).

Korang mesti try naik sampan nie... 

Bangunan kedai yang dikelilingi air... 

Antara makanan yang wajib korang try... 

Zhujiajiao ini adalah bandar air purba yang masih terpelihara sejarahnya dan terbaek di antara 4 bandar purba di Shanghai. Di sini korang perlu bayar 80,000 yuan untuk pakej termasuk me baiki boat air di sini.

Sekiranya korang ke sini, dinasihatkan agar korang gerak awal dari tempat penginapan kerana aku ke sini menaiki metro dari Xiaonanmen Station lebih kurang 2 jam perjalanan sehala dan korang perlu spend kan masa lebih kurang sehari untuk explore sebaik mungkin di kawasan ini.

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Zhujiajiao Station di Line 17 dan Exit 1. Setelah turun dari eksklator terus belok ke kiri dan jalan terus sampai jumpa simpang T, then belok ke kanan jalan terus lebih kurang 10 minit then belok ke kiri sampai jumpa tempat jual tiket masuk ke Zhujiajiao Ancient Town)

9. SHANGHAI DISNEYLAND

Shanghai Disneyland adalah tempat wajib yang perlu korang pergi sekiranya ke Shanghai. Shanghai Disneyland ini merupakan Disneyland yang paling besar di dunia yang mempunyai pecahan bahagian iaitu Tomorrowland, Fantasyland, Gardens of Imagination, Adventure Isle, Treasure Cove, Disney Town, Mickey Avenue dan Toy Story Land.

Roller coaster yang paling terbaek dan terpantas di Shanghai Disneyland, TRON! Wajib naik! Aku dok barisan yang paling depan... :) 

Antara persembahan akrobatik yang terbaek pernah aku lihat adalah yang ini, Tarzan... 

Aku bersama watak utama filem Toy Story... 

Aku di Marvel Universe... 

Aku di tengah-tengah Shanghai Disneyland... 

Shanghai Disneyland ini adalah salah satu taman tema yang paling menarik yang pernah aku jejaki. Aku cadangkan untuk korang habiskan masa selama 1 hari sekiranya korang ke sini kerana kawasannya sangat besar dan sentiasa penuh dengan pengunjung. Korang juga dinasihatkan untuk datang awal sebelum jam 8.00 pagi. Harga tiket pula lebih kurang RM230.00 (aku beli via Klooks).

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Disneyland Resort Station di Line 11 dan Exit 3. Selepas keluar dari Station metro, korang terus saja jalan sehingga jumpa pintu Utama Disneyland yang penuh orang beratur)

Itulah antara tempat-tempat yang sempat aku lawati dan jejaki selama hampir 6 hari 5 malam (dari 17hb sehingga 22hb Mei 2019) aku berada di Shanghai, China.

Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan aku secara keseluruhan bagi trip backpacker ke Shanghai, China kali ini adalah sebanyak RM1,340.32 termasuklah return flight, transportation di Shanghai, makan minum di restoran halal, shopping t-shirt raya berjenama, toys di Disneyland and Hot Toys, souvenir utk family dan officemate, tiket masuk ke Disneyland, pakej di Zhujiajiao dan lain-lain lagi.

Sebelum tue, aku nak kongsikan mengenai salah satu restoran makanan halal yang aku jumpa dan 2 kali aku ke sini utk menikmati juadah di sini iaitu Hongchangxhing Halal Restaurant. 

Di depan Hongchangxhing Halal Restaurant... 

Di sebelah Hongchangxhing nie ada kedai yang jual makanan ringan masyarakat China di sini... 

(Untuk ke sini, korang perlu turun di Dashijie Station di Line 8 dan Exit 1, then ke kanan ada beberapa lagi restoran halal seperti gambar di bawah, then jumpa simpang ambik kiri terus saja sampai jumpa Hongchangxhing Halal Restaurant) 

Antara Restaurant Halal yang aku jumpa... 

Niat aku sebenarnya untuk berkongsi mengenai Shanghai ini adalah kerana sebelum aku ke sana, tak banyak info dan rujukan yang aku boleh rujuk dan semuanya agak terbatas, mungkin dengan perkongsian aku kali ini mengenai Shanghai, sedikit sebanyak mampu memudahkan perancangan dan urusan korang untuk mengembara di Shanghai di masa akan datang dengan info-info yang terkini.

Sekiranya ada yang berminat dengan itinerary saya ke Shanghai (yang saya tulis secara tangan atas satu kertas A4) korang boleh emelkan kepada saya dan Insyaallah, nanti aku akan kongsikannya untuk korang. Jika korang nak mintak tolong atau khidmat nasihat pun okay, aku akan cuba bantu dan guide serta bagi cadangan untuk buat itinerary yang tersendiri untuk trip korang.

Apa-apa pun, Insyaallah sekiranya aku mempunyai masa lapang lagi, aku akan kongsikan pula beberapa tempat menarik semasa trip aku sebelum ini yang aku masih belum sempat nak kongsikan pada pembaca blog aku iaitu Beijing & Tianjin (China), Busan & Jeju (South Korea), Bali, Surabaya, Palembang & Padang (Indonesia), Taipei (Taiwan), Brunei (Brunei), Davao & Puerto Princessa (Philippines), Phnom Penh (Cambodia) dan Nha Trang (Vietnam).

Jom aku kongsikan link tempat - tempat menarik yang pernah aku publishkan sebelum ini di blog aku, iaitu :-
Sekian, Wallahua'lam...

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya... :)

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My Instagram : @catatanajim