Salam Ramadhan...
Salam Sehati Sejiwa...
Alhamdulillah, tadi aku ada kongsikan serba sedikit mengenai pengembaraan aku yang tak seberapa di Japan yang merangkumi Osaka, Kyoto dan Kobe dan sekarang aku akan kongsikan beberapa tempat yang boleh dikatakan menarik untuk dilawati. Semua tempat ini aku pergi sepanjang pengembaraan aku di sana tetapi aku akan pecahkan kepada dua entry iaitu satu mengenai Osaka dan satu lagi mengenai Kyoto dan Kobe supaya entry tidaklah terlalu panjang.
Setiap tempat yang aku lawati di Osaka ini termasuklah sekali dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan semuanya menarik perhatian aku untuk dikongsikan bersama. Insyaallah... ;)
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI OSAKA, JAPAN...
1. Dotonbori
Dotonbori adalah satu tempat yang sangat ramai dengan para pelancong dan di sinilah terdapat salah satu mercu tanda Osaka iaitu Replika Gambar Glico dan Replika Ketam Besar. Di sini juga terdapat banyak jenis Tokoyaki, Pablo Cheesetart dan Melonpan Vanila Ice Cream.
*Sekiranya korang datang ke sini, gunalah Midosuji Line (line warna merah) dan turun di Namba Station (M20) dan keluar ikut laluan exit 14 (anda akan jumpa Family Mart dan ke kiri (jalan terus sampai jumpa sungai) dan korang akan jumpa ramai orang dengan replika Glico di situ.
Di sini juga aku sempat menaiki Tombori River Cruise untuk menikmati pemandangan bangunan-bangunan yang berada di sepanjang sungai itu disamping penerangan dalam bahasa Japan oleh tour guide di situ. Tiket boleh beli di sebelah bangunan kuning besi yang tinggi di area situ.
2. Osaka Castle
Osaka Castle bagi aku merupakan salah satu tempat yang unik dan terlalu besar sehinggakan cukup meletihkan kaki untuk berjalan. Di sini terdapat beberapa tempat yang wajar untuk korang singgah seperti Osaka Castle Museum, Osaka Castle Nishinomaru Garden, Important Cultural Property Osaka Castle Yagura (Turret), Osaka Museum of History dan Peace Osaka. Di sini tempat yang paling best untuk bergambar sebenarnya.
*Sekiranya korang datang ke sini, gunalah Chuo Line (line warna Hijau) dan turun di Morinomiya Station (C19) dan keluar ikut laluan exit 3B (anda akan jumpa laluan terus ke Osaka Castle). Korang akan penat sikit la berjalan dari sini ke Osaka Castle.
Di sini aku berpeluang untuk menaiki Osaka Jo-Gozabune Boat (boat kuning ala-ala zaman dulu) yang akan mengelilingi tasik Osaka Castle. Dan ketika berada di dalam Osaka Castle, aku juga berpeluang untuk memakai pakaian Samurai. Hehehe... ;)
3. Kaiyukan
Kaiyukan merupakan salah satu akuarium yang paling hebat dan menarik di Jepun. Di sini juga terdapat spesies ikan terbesar di dunia (sepertimana yang dimaklumkan). Jika korang minat untuk mengetahui spesies-spesies ikan, korang boleh singgah ke sini.
*Sekiranya korang datang ke sini, gunalah Chuo Line (line warna Hijau) dan turun di Osakako Station (C11) dan keluar ikut laluan exit 2 (anda hanya jalan terus sehingga nampak Giant Ferris Wheel) dan replika Zirafah Legoland. Then korang ke kiri dan terus sampai di Kaiyukan.
Di sini juga aku berpeluang untuk menaiki pengembaraan laut Aji menggunakan Cruise Ship Santa Maria dan menaiki perjalanan pergi-balik Captain Line yang akan membawa anda ke Universal Studio Japan menggunakan jalan laut.
4. Tempozan Giant Ferris Wheel
Tempozan Giant Ferris Wheel adalah salah satu aktiviti yang wajib untuk anda cuba terutamanya dengan menaiki gondola transparent. Sangat puas hati kerana Tempozan Giant Ferris Wheel merupakan salah satu yang terbesar, tertinggi dan paling maju di dunia. Korang akan dapat melihat seluruh bandar di sekitarnya. Hahaha... ;)
*Untuk ke sini hanya ikut laluan sepertimana hendak ke Kaiyukan.
5. Tsutenkaku Tower
Tsutenkaku Tower merupakan salah satu menara yang terdapat di Osaka tetapi menara ini terletak di bandar tertua Osaka dan aku difahamkan di sini merupakan tempat permulaan bandar Osaka. Wallahua'lam...nanti korang boleh baca sendiri maklumat ketika berada di puncaknya. Hahaha... ;)
*Sekiranya korang datang ke sini, gunalah Midosuji Line (line warna merah) dan turun di Dobutsuen-Mae Station (M22) dan keluar ikut laluan exit 1 (anda akan jumpa simpang empat, korang ke kiri dan jalan terus saja sampai jumpa Sinsekai Street. Nanti korang akan dengan sendiri melihat menara tersebut.
Di sini juga terdapat Sinsekai Street dimana korang akan dapat membeli-belah dengan harga yang rendah dan murah berbanding di tempat lain terutamanya barang-barang cenderahati dan baju-baju. Bagi yang minat haiwan, tempat ini berdekatan dengan Tennoji Zoo yang juga merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati.
6. Umeda Sky Building Floating Garden Observatory
Umeda Sky Building Floating Garden Observatory ini memang sesuai untuk dilawati kerana di sini terdapat eskalator transparent dan korang juga berpeluang berada di puncak bangunan dan melihat keliling kawasan Osaka.
*Sekiranya mahu ke sini, korang gunalah JR Osaka Loop Line dan turun di Osaka Station dan korang keluar terus dari bangunan Osaka Station City sehinggalah korang berjumpa dengan signboard besar Osaka Station di tingkat 1 dan korang ke kanan sehinggalah korang ke seberang jalan dan jumpa laluan underground yang membawa terus ke Umeda Sky Building ini. Cuma aku tak sempat nak catit laluan keluar di sini. Huhu...
7. HEP Five Ferris Wheel
HEP Five Ferris Wheel ini merupakan ferris wheel yang berada di atas bangunan iaitu di atas kompleks membeli belah di kawasan Bandar Osaka. Tidaklah terlalu tinggi tapi ianya cukup puas hati untuk menaiki gondola ini.
*Sekiranya korang mahu ke sini, gunalah Midosuji Line (line warna merah) dan korang turun di Umeda Station (M16) dan keluar ikut laluan exit 5 dan korang naik terus ke atas bangunan sehingga jumpa kaunter untuk naik HEP Five Ferris Wheel ini.
Di sini juga korang boleh mencuba aktiviti Umeda Joypolis Wild River iaitu salah satu tarikan terbaru di Osaka yang akan membawa anda mengembara menaiki kapal secara 4D dan merasai pengalamannya di situ.
8. Osaka Museum of Housing and Living
Osaka Museum of Housing and Living ini adalah salah satu tempat yang menarik dan mesti untuk korang datang kerana korang akan berpeluang melihat bangunan dan rumah-rumah tradisional masyarakat jepun dahulu kala. Korang juga akan merasai suasana dari pagi, malam, petang, senja dan hujan sepanjang berada di situ.
*Sekiranya korang mahu datang ke sini, gunalah Tanimachi Line (line warna Ungu) dan turun di Tenjimbashisuji 6-Chome (T18) dan keluar ikut laluan exit 3 (anda akan jumpa bangunan dan terus naik ke tingkat 8 dan korang akan jumpa terus kaunter Osaka Museum of Housing and Living ini.
Di sinilah aku berpeluang untuk menyewa Kimono dengan bayaran 500 yen (untuk 30 minit) dan korang bebas bergambar dan berjalan sepanjang kawasan itu menggunakan kimono dan aku cadangkan korang datang awal kerana sewa kimono ini sangat ramai. Korang akan rugi masa untuk menunggu turn nanti jika korang lewat ke sini.
9. Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observatory
Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observatory merupakan salah satu tempat yang wajib korang pergi kerana korang akan berpeluang berada di tingkat 54 iaitu salah satu bangunan tertinggi di kawasan pelabuhan. Dan bangunan ini akan dapat dilihat dari Umeda Sky Building iaitu bangunan yang berada di tengah-tengah kawasan Osaka.
*Sekiranya korang datang ke sini, gunalah Chuo Line (line warna hijau) dan turun di Cosmosquare Station (C10) dan korang tukar line ke new tram : Nanko Port Town Line (line warna biru muda) dan turun di Trade Center-Mae Station (P10) dan keluar ikut laluan exit 1 (anda akan lalu ikut jejantas dan turun tangga dan selepas itu korang pusing ke belakang jalan terus sampai jumpa bangunan tertinggi itu. Hehehe... ;)
Ok, itu saja yang sempat aku catat dan kongsikan mengenai tempat-tempat yang sempat aku singgah sepanjang berada di Osaka dan entry yang akan datang, aku akan kongsikan pula tempat-tempat menarik di Kyoto dan Kobe pula. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Osaka tetapi apakan daya, aku tidak sempat untuk pergi ke semuanya. Huhuhu...
Apa-apa pun, doakan aku dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan semestinya dapat mengembara ke negara yang kesembilan pula setelah Indonesia, Thailand, Singapore, South Korea, Australia, Hong Kong, Philippines dan terbaru iaitu Japan. Hehehe... ;) Apa-apa pun, semoga entry ini mendapat manfaat yang sebaiknya.
Di bawah ini adalah link-link tempat menarik di beberapa tempat / negara yang telah aku lawati iaitu :-
1. Seoul, South Korea
2. Gold Coast, Autralia
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia
5. Manila, Philippines
6. Singapore
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
No comments:
Post a Comment