Pages

Saturday, November 16, 2013

Tempat-Tempat Menarik Di Seoul, South Korea...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Entry kali ini saya nak kongsikan beberapa tempat menarik sepanjang hampir 8 hari saya berada di Seoul, South Korea. Banyak tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi sekiranya pembaca blog ingin melancong ke sana. Setiap tempat tersebut mempunyai daya tarikan yang cukup menarik… Insyaallah… =) 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEOUL, SOUTH KOREA 

1. INSADONG ‘Beautiful Streets with Tradition and Culture’ 

Tempat ini merupakan tempat pertama yang saya kunjungi apabila menjejakkan kaki ke Seoul. Insadong merupakan satu jalan yang penuh dengan daya tarikan tradisional Korea dengan seni antik yang berkepelbagaian menerusi kedai-kedai buku, kedai-kedai teh tradisional, kedai-kedai kraf dan cenderamata. Ia adalah salah satu daripada jalan-jalan yang membawa Galeri Seoul dan telah menjadi lokasi galeri seni sejak zaman dahulu. Di sini juga terkenal dengan satu bangunan atau kompleks yang cukup unik iaitu Ssamzie-Gil. Di penghujung jalan Insadong nie, ada Nam (South) Insa Madang Open-air Theater iaitu satu ruang pentas terbuka untuk sesiapa sahaja membuat persembahan. Kebetulan pada satu hari yang saya pergi, diadakan satu persembahan dari orang-orang Korea di sana. 




2. HANGANG PARK RIVER (Yeouido) 

Hangang Park River ini terkenal dengan pelbagai festival yang diadakan di situ. Tempat ini anda akan dapat melihat satu bentuk kawasan rekreasi terbuka yang menghadap sungai dan berhampiran dengan 63 Building. Saya difahamkan jika ada yang melancong pada musim bunga akan diadakan Cherry Blossom Festival dan Fireworks Festival pada musim panas. Ketika saya pergi adalah pada musim luruh, suhu sejuk juga sesuai melancong di situ. 





3. ITAEWON STREET

 Itaewon Street ini merupakan satu tempat yang mudah untuk dapatkan makanan halal. Di sini juga ada Seoul Central Mosque yang menjadi kawasan orang-orang Islam di Seoul. Kawasan ini juga apa yang dapat saya lihat adalah satu tempat yang banyak dengan restoran dan kafe dari pelbagai Negara asing. Kawasan ini juga agak berbukit-bukit dan ianya menjadi salah satu kawasan menarik untuk para pelancong. 




4. NAMSAN HANOK VILLAGE

Namsan Hanok Village merupakan satu tempat yang penuh keunikan tradisional yang menampilkan perkampungan dan rumah2 gaya Korea yang klasik. Barangan rumah lama juga dipaparkan dalam rumah-rumah tradisional ini dan mempunyai kolam yang telah dibina untuk mencipta sebuah kampung Dinasti Joseon. Kebetulan pada hari yang saya pergi itu ada satu festival Sweet Persimon. Dan saya berpeluang menyanyikan lagu UTM Keunggulan Terbilang di sini di khalayak orang-orang Korea. 




5. NAMSAN SEOUL TOWER

Namsan Seoul Tower nie berdekatan dengan Namsan Hanok Village dan merupakan lokasi yang terbaik untuk melihat Bandar Seoul dari atas bukit. Namsan Seoul Tower ini adalah sebuah menara setinggi 236.7m dan merupakan menara ke-10 tertinggi di dunia yang dibina di atas gunung. Kebetulan saya pergi adalah pada musim sejuk dan suhunya di atas itu cukup sejuk dan dipenuhi dengan pelancong2 asing dan pelancong tempatan sendiri. 




6. NAAMDAEMUN MARKET 

Naamdaemun Market merupakan market terbesar di Korea. Banyak kedai-kedai dan gerai-gerai di sepanjang jalan dan lorong di situ. Mereka menjual pelbagai jenis pakaian, barangan rumah dan makanan. Ia juga cukup terkenal sebagai kawasan yang menjual dengan harga murah dan berpatutan. Boleh dikatakan setiap pelancong yang datang ke Seoul, pasti akan datang ke sini.




7. HONGDAE STREET 

Saya berpeluang untuk pergi ke Hongdae Street pada malam hari. Kawasan ini berdekatan dengan Hongik University dan merupakan kawasan untuk anak muda seperti saya. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai pakaian yang mengikut fesyen terkini, kedai-kedai aksesori, kelab dan teater, pusat-pusat hiburan dan sebagainya lagi. Saya juga berkesempatan untuk melihat satu kumpulan muzik amatur yang sedang membuat persembahan di jalan ini. 




8. NAMI ISLAND

Nami Island terletak 63km dari Seoul di tengah-tengah Han River dan Nami Island ini kelihatan seperti daun terapung di atas Cheongpyeong Lake. Pulau ini mempunyai keluasan 480,000 m2. Pulau Nami ini mempunyai pokok-pokok yang menarik sepertimana gambaran di dalam Drama Winter Sonata. Pulau ini cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke South Korea dan menjadi destinasi wajib mereka. Di sini juga ada satu kedai halal dan di pulau ini juga turut ditampilkan pelbagai persembahan yang cukup meriah. 




9. GYEONGBOKUNG PALACE

Ia dibina pada tahun 1395 dan merupakan Istana Utama semasa DInasti Joseon selama 500 tahun. Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik dan unik di tengah-tengah Bandar Seoul yang berlatarbelakangkan sebuah gunung. Tempat ini juga mempunyai satu upacara rasmi yang kebetulan dapat saya saksikan secara live iaitu sesi pertukaran pengawal Istana yang menjadi satu budaya turun-temurun di situ. Ianya dibuat pada pukul 11pagi. 




10. GWANGHWAMUN SQUARE

Ia merupakan satu tapak yang mempunyai 550m panjang dan 34m persegi luas dibina di Sejong-Ro pada tahun 2009. Di sini terdapat 2 patung tokoh-tokoh sejarah yang paling dihormati di Korea iaitu Raja Sejong yang besar dan Laksamana Yi Sun-Shin berdiri teguh di dataran tersebut. 




11. CHEONGGYECHEON (STREAM) 

Ia adalah satu aliran lama yang mengalir dari Gwanghwamun ke Dongdaemun sepanjang hampir 5.84km. Ia pada asalnya adalah satu aliran semulajadi tetapi telah ditutup dan digunakan sebagai jalan raya. Kemudian, pada tahun 2005, ia sekali lagi ditukar kepada aliran ekologi selepas pemulihan yang mengambil masa hampir tiga tahun. Ia mempunyai tarikan tersendiri termasuk 22 jambatan, 9 fountains dan peninggalan dari Dinasti Joseon yang pulih semasa proses pemulihan. Saya berkesempatan pergi ke sini pada sebelah petang dan malam dan suasana malam lebih menarik dengan kilauan cahaya dan kebetulan pergi ada satu Festival iaitu Seoul Lattern Festival 2013. 




12. MYEONGDONG 

Myeongdong merupakan sebuah daerah atau pusat membeli-belah ayng dipenuhi dengan kedai-kedai utama berjenama, kedai-kedai jenama tempatan yang besar dan kedai-kedai aksesori. Kawasan di sini sentiasa sesak dengan pengunjung. 




13. DONGDAEMUN 

Dongdaemun merupakan satu kawasan pakaian borong yang penuh sejarah. Di sini terdapat lebih daripada 2,000 kedai yang menjual pelbagai jenis jualan seperti pakaian lelaki, pakaian perempuan, stokin, pakaian dalam, pakaian sukan dan sebagainya lagi. Kebetulan saya pergi adalah pada suhu yang sangat sejuk. Di sini juga terdapat beberapa kompleks membeli-belah seperti Doota. Antara cenderamata termurah yang saya beli adalah di Doota. 




14. LOTTE WORLD 

Merupakan tempat wajib yang perlu anda pergi sekiranya datang ke Seoul. Ia merupakan satu Theme Park yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Ia menggabungkan taman tema, hotel, kedai bebas cukai, muzium dan ice rink. Lotte World Adventure adalah taman tema tertutup yang terbesar di dunia dengan taman tema dengan tema sebuah kampung global keci. Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti serta lebih 50 permainan yang disediakan. 




*Insyaallah, untuk entry yang seterusnya saya akan ceritakan dan kongsikan pelbagai lagi perkara-perkara menarik sepanjang berada di Seoul, South Korea. Insyaallah… =) 

*Jom tengok 
1. Tempat-Tempat Menarik Di Gold Coast, Australia
2. Manila, Filipina
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia 
5. Singapura...
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan.

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

7 comments:

  1. Jom tengok entry terbaru, Tempat-Tempat Menarik di Gold Coast, Australia... =)

    http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2014/12/tempat-tempat-menarik-di-gold-coast.html

    ReplyDelete
  2. Hai, boleh tak share total cost di korea ?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. boleh tau tak trip ke korea yang saudara share kan ni untuk berapa lama penginapan?

    ReplyDelete
  4. Kak Hidayah : kalau ikut pada saya punya costing bawah rm2k include flight pergi balik, hotel, meals, transport n tiket... =)

    ReplyDelete
  5. Permata Ibu : trip ke korea ni selama seminggu (7hari)... ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, nak tanya kalau kita pergi Seoul & Nami Island selama 5 hari 4 malam, seeloknya duduk di area mana yg sesuai yang dekat dengan public transport untuk kemana-mana? Terima kasih

    ReplyDelete
  7. @aina ana : Waalaikumusalam... saya dulu menginap di Fortune Hotel...tempat dia ok & nice...dekat dengan mcm2 tempat dan public transport dekat... ;)

    ReplyDelete