Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
ALHAMDULILLAH… Ungkapan pertama saya lafazkan tatkala diumumkan Menang Tanpa Bertanding bagi Kerusi Fakulti (Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah) bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2013/2014. Kemenangan ini merupakan kemenangan penggal Kedua di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah dan Penggal Ketiga dalam Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM.
‘Terus Berbakti’
Trademark kempen dan pembawaan saya kali ini bagi meneruskan semangat ‘Terus Berbakti’ kepada Mahasiswa, Universiti, Masyarakat dan sebagainya lagi. ‘Terus Berbakti’ ini merupakan pendekatan yang akan berterusan dalam membawa semangat bakti yang tinggi dan meneruskan perjuangan dalam kebajikan hal ehwal mahasiswa di Universiti.
TAHNIAH juga saya ucapkan kepada sahabat seperjuangan saya di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah iaitu Saudara Hanifah Mazlan dan Saudara Rafee yang sama-sama memenangi Kerusi Fakulti di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. TAHNIAH juga saya ucapkan kepada seluruh pemenang di peringkat Umum (Radin, Hazrai, Aervina, Yassin, Hakim, Raisya, Nazrin, Amin, Helmi dan Chai) serta fakulti-fakulti lain di Univerisiti Teknologi Malaysia.
Pertamanya saya nak ucapkan berbanyak ucapan ‘Terima Kasih’ dan ‘Penghargaan’ kepada seluruh jentera-jentera saya di fakulti-fakulti dan kolej-kolej, pencadang saya (Saudara Aliff Haikal), penyokong saya (Saudara Hisamuddin), Abang Syafiq, Aliff Zaquan, Botak, Hariz, Fadzly, Hafiy, Adel, Iwan, Hairy, Juha, Haziq, Irfan, Sali, Aiman, dan semuanya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM berlangsung. Tanpa anda semua, saya tak mampu untuk berdiri di sini dan meraih kemenangan mudah dalam Pilihanraya Kali ini.
Kalau bagi sesi yang lepas saya perkenalkan 3 Manifesto utama saya dalam memperjuangkan kebajikan hal ehwal mahasiswa di Fakulti serta penyertaan saya dalam sesi perbahasan dalam memperjuangkan kebajikan di peringkat universiti sedikit sebanyak membuatkan saya terdetik untuk bertanding tanpa sebarang manifesto sebagai langkah untuk saya membawa satu pembawaan yang lebih realistik dalam menangani isu-isu sosial menerusi konsep ‘Mahasiswa Prihatin’.
‘Mahasiswa Prihatin’
Itu jenama baru yang akan saya cuba bawakan dalam membawa dan bersama-sama dengan para mahasiswa UTM secara amnya serta mahasiswa FGHT secara khususnya untuk terus bersama-sama dengan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM untuk ‘turun’ mendekati masyarakat luar serta mengambil iktibar setiap apa yang berlaku sebagai kita memuhasabahkan diri dalam kehidupan kita.
Melalui konsep ‘Mahasiswa Prihatin’ juga, kita akan cuba laksanakan kempen-kempen yang pernah saya laksanakan di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah menerusi hebahan di facebook-facebook dan penglibatan secara tidak langsung dengan barisan Presiden Persatuan/Kelab Akademik di FGHT iaitu Kempen Anda Bijak Jauhi Zina, Kempen Menutup Aurat, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan Kempen Say No to Bonceng.
Dua pendekatan utama ini akan saya jadikan halatuju sepanjang saya bergelar Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi penggal yang ketiga ini. Insyaallah, berkenana dengan isu-isu infrastruktur dan kemudahan pula yang melibatkan di universiti akan saya tetap dan berterusan membawa ‘Suara Mahasiswa’ menerusi sesi perbahasan yang berlaku di dalam mesyuarat-mesyurat di peringkat Universiti dan Fakulti. Insyaallah, Fight For The Right.
Insyaallah, apa-apa pun, saya ucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan dan semuanya yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta sentiasa memberi tunjuk ajar untuk terus melibatkan dalam kepimpinan di Universiti Teknologi Malaysia ini. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan ini, akan saya gunakan sebaik mungkin untuk terus memberikan yang terbaik dalam memperjuangkan dan membawakan isu-isu yang melibatkan mahasiswa. Insyaallah… =)
Jom saya kongsikan beberapa bahan kempen saya sepanjang pemilihan berlangsung… Insyaallah… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
No comments:
Post a Comment