Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Entry kali ini, aku nak kongsikan mengenai lawatan aku ke Manila,
Filipina ketikamana aku berpeluang untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar,
kepimpinan pelajar dan pelajar-pelajar di University of Philippines, Manila dan
Polytechnic University of Philippines. Aku juga dikira bertuah kerana
berpeluang bertemu dengan Duta Malaysia di Manila, Yang Berbahagia Datuk Mohd
Zamri Mohd Kassim. Banyak juga perkongsian dari Duta Malaysia mengenai
kerjasama antara Malaysia dengan Filipina. Di sini aku nak kongsikan mengenai
antara tempat-tempat yang sempat aku kunjungi ketika hampir seminggu berada di
Manila, Filipina.
Aku bersama dengan Y.Berbahagia Datuk Mohd Zamri, Duta Malaysia di Manila...
Aku ketika berada di depan Kedutaan Besar Malaysia di Manila...
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MANILA, FILIPINA
1. MANILA BAY
Sebuah pelabuhan semulajadi yang berfungsi sebagai Pelabuhan Manila di
Filipina. Lokasinya agak strategik iaitu terletak di sekitar ibu negara
Filipina.
*Di sinilah anda akan dapat lihat banyak gelandangan berada dan
berkumpul sepanjang laluan di Manila Bay.
2. RIZAL PARK
Tempat ini dianggap sebagai taman urban yang pertama di Asia. Monumen
Dr Jose Rizal dibina di taman ini. Taman ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Luneta
Park’.
3. INTRAMUROS
Merupakan satu daerah tang tertua dan mempunyai sejarahnya yang
tersendiri di Manila. Ianya juga dikenali sebagai Bandar Berdinding dan ianya
adalah bandar asal Manila ketika di era Empayar Sepanyol. Di sini juga terdapat
pelbagai bangunan bersejarah seperti Fort Santiago, San Agustin Church, Casa
Manila, Palacio Del Gobernador, Aduana Building, Victoria Street, A statue of
Queen Isabel II dan sebagainya lagi.
*Nasihat aku, berhati-hati di sini sebab di sinilah aku dan kawan-kawan
aku kena tipu duit.
4. MALL OF ASIA
‘Mall Of Asia’ pernah tersenarai seabagi antara 10 kompleks
membeli-belah yang terbesar di dunia. Di sekitar Mall Of Asia ini, terdapat
juga Asia Arena dan SM By The Bay Amusement Park.
*Di sini anda jangan risau kerana di sini banyak juga restoran Makanan
Halal.
5. SAN AGUSTIN CHURCH
Sebuah gereja Roman Katolik yang terletak di dalam Bandar Berdinding
Intramuros di Manila. Ianya juga tersenarai dalam Tapk Warisan Dunia oleh
UNESCO.
6. CULTURAL CENTER OF THE PHILIPPINES
Ianya merupakan Pusat Kebudayaan Filipina di mana ianya mempertunjukkan
mengenai kebudayaan dan keunikan masyarakat Filipina. Di sini juga ditayangkan
cerita dan mempunyai muzium antik mengenai kehidupan masyarakat filipina
mengikut agama yang mereka anuti.
7. GREENHILLS
Merupakan salah satu komplek membeli-belah yang termurah di Manila di
mana ianya mempunyai ribuan jenis gerai dan kedai yang menjual pelbagai
barangan. Di sini sesuai untuk kita membeli cenderahati dengan harga yang murah
dan berpatutan. Digalakkan untuk kita tawar-menawar di sini.
8. STARCITY
Sebuah Taman Tema yang mempunyai pelbagai interaktif yang ekstrim dan
biasa. Kepada peminat Taman Tema, StarCity antara tempat yang wajib untuk anda
datang dan main sendiri semua permainan yang ditawarkan.
9. OCEAN PARK MANILA
Merupakan ‘Ocenarium’ di Manila yang mempersembahkan pelbagai hidupan
laut. Di sini juga anda boleh mencuba pelbagai aktiviti dan bergambar. Kepada
yang teringin nak jadi ‘Ikan Duyung’ anda boleh memakai kostum duyung ini di
tempat tertutup yang disediakan.
10. GREENBELT PARK & MALL
Di sini mempunyai satu kompleks membeli-belah barangan branded dan
mempunyai taman yang cukup santai. Dengan suasana taman urban yang dikelilingi
dengan bangunan kompleks membeli-belah yang gah.
Roomate aku ketika hari terakhir di Lokal Hostel...
*Insyaallah, kalau ada peluang untuk ke Filipina semula, tempat yang
aku ingin pergi adalah Boracay!
Antara tempat-tempat menarik lain yang anda boleh tengok adalah :
1. Seoul,South Korea;
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia
5. Singapura
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan
1. Seoul,South Korea;
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia
5. Singapura
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
No comments:
Post a Comment