Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Hujung minggu baru ni, aku ditugaskan untuk menyertai satu bengkel
iaitu Bengkel Insurans Harta Benda dan Kenderaan yang dibuat di Hotel De’ La
Fern, Cameron Highland. Alhamdulillah, aku makin selesa dan gembira dengan
bidang kerja aku sekarang ini terutamanya apabila diberi peluang secara
langsung dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hartanah ini.
Ketika di salah satu taman Lavender di Cameron Highland...
Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Cameron Highland.
Pertamanya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di mana keluarga aku
memutuskan untuk beraya di luar negeri Kedah dan Ipoh & Cameron Highland
menjadi destinasi pilihan kami setelah masing-masing kami mempunyai karier
sendiri.
Waktu nak check-out dari apartment...
Ketika di salah satu Ladang Strawberi...
Ok, stop ! Aku tak nak cerita mengenai Cameron Highland tetapi aku nak
berkongsi sedikit mengenai satu Majlis Makan Malam yang aku sertai baru-baru
ini.
Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Dr. Loga Balan Mohan, Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, aku salah seorang Alumni MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen
– Batch 4) berpeluang untuk menyertai majlis makan malam ini yang dibuat di Le’
Meridien Hotel, Kuala Lumpur bersama-sama dengan tetamu kehormat iaitu YB
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Ini kali kedua aku bertegur sapa dan sempat berinteraksi dengan YB
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini dimana kali pertamanya ketika aku
sedang menunggu bekas bos aku, YB Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi) di lobi Parlimen, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
bertegur sapa dengan aku.
Aku bersama dengan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...
YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika berkongsi cerita...
Aku cukup tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh YB Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan ini terutamanya berkaitan dengan ‘penyampaian &
penyebaran maklumat’ apabila ianya dikongsikan secara santai dan mudah difahami
bagi aku sebagai orang muda. Keterbukaannya dan tidak terlalu berprotokol ini
membuatkan setiap individu yang mendengar ini mampu memahami setiap apa yang
beliau sampaikan.
Aku masih tersentap sebenarnya apabila YB Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan ini memberikan mikrofon kepada aku untuk berkongsi sedikit
maklumbalas mengenai perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan.
Hahaha...tergagap-gagap aku ketika tue...hahaha ~
Apa-apa pun, aku ucapkan ‘TAHNIAH’ buat urusetia & pelaksana majlis
ini iaitu Kumpulan MANTAP V untuk perlaksanaan dan kelancaran majlis makan
malam tersebut. Insyaallah, ada umur panjang, kita bertemu lagi.
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
No comments:
Post a Comment