Pages

Thursday, November 12, 2015

Pesona Terengganu, Sayangi Terengganu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini aku nak kongsikan mengenai satu aktiviti yang sangat menarik perhatian aku terutamanya ianya berkait rapat dengan bidang yang aku minati dan pernah mengkaji beberapa perkara melibatkan ‘Pelancongan, Pelestarian & Pembangunan’ iaitu ‘Pesona Terengganu 2015’ yang telah diadakan baru-baru ini di Dataran Merdeka & Dataran DBKL.

PESONA TERENGGANU 2015


Penganjuran Pesona Terengganu 2015 merupakan salah satu transformasi Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dalam usaha mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan.

Aku bersama Menteri Besar Terengganu...

Festival yang bakal dijadikan aktiviti tahunan ini akan memperkenalkan Negeri Terengganu melalui ‘Consumer Show’ dan ‘Trade Show’ kepada masyarakat luar. ‘Consumer Show’ ini melibatkan pameran, promosi dan jualan produk dan perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh usahawan Terengganu. Manakala ‘Trade Show’ pula memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai ke semua sektor pembangunan sosio ekonomi Terengganu.

Festival yang diadakan itu menerapkan lapan segmen produk dan perkhidmatan utama yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan IKS & Keusahawanan, Pelancongan, Pendidikan & Sains, Ekonomi & Pelaburan, Kebudayaan & Kesenian, Sumber Manusia & Sukan, dan Pertanian.

SAYANGI TERENGGANU

Aku sangat tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang menerapkan unsur ‘Sayangi Terengganu & Kenali Terengganu’ yang diketengahkan menerusi aktiviti seperti ini. Begitu dekat buat kaki-kaki travel.





Di situ, aku dapat lihat secara lebih dekat mengenai produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu, aktiviti-aktiviti tradisional & kebudayaan Negeri Terengganu dan sebagainya lagi. Aku tertarik dengan aktiviti menenun songket yang aku dapat lihat secara lebih dekat berserta dengan penerangan satu persatu mengenai aktiviti tersebut.

Seingat aku la, pernah sekali saja berjaya menjejakkan kaki ke Negeri Terengganu iaitu ke Kemaman untuk satu sesi pertemuan dengan YB DS Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Aku dapat merasa kenikmati makan makanan di situ.

Aku juga tertarik dengan konsep ‘Terengganu Kitchen’ di mana aku berpeluang melihat dan merasa makanan-makanan yang dibuat khas untuk para pelancong dan pengunjung-pengunjung festival tersebut. Pelbagai produk makanan Terengganu dipertunjukkan di situ.



Menerusi festival tersebut juga, aku dapat melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk Tahun Melawat Terengganu 2017 yang begitu konsisten mempromosikan produk-produk Terengganu. Sebagai tambahan, ianya baik untuk pertingkatkan sumber ekonomi penduduk setempat dan rakyat Terengganu menerusi aktiviti pelancongan yang berterusan dan menjadi penarik Pelabur Asing.

KEDAH DISCOVERY 2016

Apa-apa pun, sebagai Rakyat Negeri Kedah, aku ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah terutamanya bagi yang gemar melancong di dalam Negeri. Mai lah ke Kedah, macam-macam ada di sini. Kita ada Gunung Jerai, Sungai Sedim, Sungai Kilim dll untuk yang minat kepada alam semulajadi, kita ada Pekan Rabu, Aman Central, Pekan Cina dll untuk yang suka membeli-belah, kita ada Menara Alor Setar, Muzium Padi, Langkawi Cable Car dll kerana semua ini tiada di negeri lain.

Yang mana suka makan, banyak makanan yang sedap-sedap di Kedah. Di tambah pula dengan ketenangan melihat sawah padi yang luas terbentang membuatkan anda tak rugi untuk ke Negeri Jelapang Padi ini. Boleh tengok kat link ni, Tempat-tempat Menarik di Alor Setar....

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH




No comments:

Post a Comment