Pages

Friday, November 20, 2015

Mockingjay Part 2 (2015) : Pengakhiran Sebuah 'Hunger Games'...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hari ini genap 2 bulan aku diberikan amanah untuk berkhidmat di sektor awam. Banyak perkara baru aku belajar di sini terutamanya melibatkan bidang-bidang berkaitan dengan hartanah ini. Insyaallah, dengan kepercayaan yang diberikan, aku akan buat yang terbaek untuk kerjaya aku ini terutamanya melibatkan amanah, tanggungjawab dan integriti.

Kalau sebelum ini aku pernah berpeluang bertugas di sektor swasta di Alor Setar sebagai Eksekutif Penilaian. Di situ pun banyak benda aku belajar sebelum aku betul-betul bersedia untuk berkhidmat di sektor awam pula. Apa yang penting, kalau kita jaga amanah kita sebaiknya, rezeki sentiasa datang di depan kita. Jangan mudah berputus asa!

Stop ! Aku tak nak cerita mengenai kerjaya hari ni tetapi aku nak berkongsi sedikit mengenai movie yang aku tunggu-tunggu sebelum ini iaitu ‘Mockingjay Part 2’ adaptasi dari novel yang aku minati nukilan Suzanne Collins. Ianya adalah kesinambungan dari movie ‘The Hunger Games’, ‘Catching Fire’ & ‘Mockingjay Part 1’.

MOCKINGJAY PART 2


Apa yang boleh aku katakan untuk movie sambungan dari series yang lepas, ‘Mockingjay Part 2’ ni antara siri yang agak ‘boring’ dan ‘slow-motion’. Penceritaan untuk movie kali ini agak mendatar sebenarnya walaupun konsep ‘Hunger Games’ yang agak mencemaskan itu tetap ada terutamanya apabila mereka terperangkap di dalam serangan balas Presiden Snow apabila mengetahui pergerakkan Katniss Everdeen dengan kumpulannya menuju ke Rumah Agam.


Aku sedikit tertarik dengan watak ‘Peeta Millack’ untuk kali ini di mana permainan emosinya ‘menjadi’ terutamanya apabila dia diletakkan bersama-sama dengan Katniss ketika menuju ke Rumah Agam.


Aku sedikit pelik dan kurang faham sebenarnya mengenai pengakhirannya cerita movie ini terutamanya selepas bom dilepaskan dari udara ketika pelarian-pelarian menuju masuk ke kawasan Rumah Agam sepertimana yang ditawarkan oleh Presiden Snow. Walaupun movie ini kelihatan ‘kejam’ dan ‘zalim’, ianya sedikit sebanyak memberi mesej tertentu terutamanya apabila rakyat bawahan ditindas dengan kekejaman dan pembunuhan.


Apa-apa pun, aku berikan 3 bintang dari 5bintang ja untuk movie kali ini. Apa-apa pun, kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog, aku ucapkan ‘Selamat Menonton’ !

*Aku peminat movie-movie adventure macam Hunger Games, Maze Runner dan sebagainya lagi!

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


No comments:

Post a Comment