Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Walaupun telah berbulan-bulan merasai pengalaman untuk travel di Luang Prabang tetapi suasana dan ketenangan di sana, sentiasa terus menjadi ingatan yang terindah buat aku. Luang Prabang sememangnya sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan kedamaian kerana di kota kecil ini menjanjikannya yang terbaik untuk anda!
Seperti yang aku janjikan dalam entry aku yang sebelum ini, aku akan cuba kongsikan beberapa tempat yang menarik yang sempat aku dan partner aku, Saudara Izzat lawati dan jejaki serta merasai beberapa aktiviti yang terdapat di Luang Prabang ini. Walaupun ianya tidaklah terlalu details, tapi ianya sekurang-kurangnya boleh memberi manfaat dan guide untuk mereka-mereka yang akan ke Luang Prabang pada masa akan datang.
TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI LUANG PRABANG, LAOS...
1. Kuang Si Waterfall
Kuang Si Waterfall ini merupakan salah satu tempat wajib sekiranya korang ke Luang Prabang dan ia adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi dan popular di kalangan para pelancong yang ke Luang Prabang. Perjalanannya yang mengambil masa hampir 1 jam lebih ini sememangnya menarik untuk dikunjungi.
Dan yang paling penting adalah warna airnya yang biru/hijau turqois ini amatlah cantik dan menarik. Aku turut berpeluang untuk bermandi-manda di sini kerana airnya yang begitu sejuk dan tidaklah terlalu dalam. Masa yang ada aku habiskan di sini untuk bersuka ria dengan air. Hahaha...
Untuk ke sini, aku menggunakan khidmat minivan yang disediakan oleh pihak Aham Backpacker dengan cas sebanyak 40,000 kip (return). Sebab rasanya nie yang aku jumpa yang paling murah untuk ke Kuang Si Waterfall...
2. Pak Ou Caves (Tham Ting)
Pak Ou Caves ini adalah salah satu tempat yang agak unik kerana di dalam gua nya dipenuhi dengan patung-patung buddha. Di sini terdapat 2 laluan ketika anda berada di sini dimana satu laluan masuk ke gua direct dari jetty boat dan anda akan melihat ribuan patung-patung buddha yang tersusun rapi dan satu lagi korang ke naik anak tangga di sebelah kiri sehinggalah korang akan lihat satu laluan gua yang agak gelap dan dicadangkan untuk bawa torch light untuk ke sini.
Untuk ke sini, korang perlu menyusuri sungai mekong selama hampir 1 jam lebih dari pekan Luang Prabang untuk ke sini menaiki boat panjang dorang di sana. Cas lebih kurang 30,000 - 40,000 kip.
3. Mount Phousi
Mount Phousi adalah puncak tertinggi yang ada di pekan Luang Prabang dan korang boleh tengok dari puncak teratas dan perkara wajib di sini adalah di puncak di sini juga terdapat patung Buddha. Untuk naik ke atas, korang kena naik tangga yang agak tinggi dan sememangnya pemandangannya dari atas yang cukup mengujakan.
Kami pergi ke sini pada hari pertama dan ketika panas terik dan berpeluh-peluh naik tangga semata-mata untuk tengok pekan Luang Prabang dari puncak teratas ini.
4. Alms Giving Ceremony / Morning Alms (Sai Bat)
Alms Giving Ceremony ini adalah aktiviti yang begitu menarik untuk kita sebagai 'orang luar' yang datang ke Luang Prabang dan ianya menjadi begitu meriah dan begitu ramai sekali para pelancong dan pengembara akan berkumpul untuk melihat secara dekat tradisi yang berlaku di sini dimana para penduduk akan duduk bersama-sama dengan makanan yang akan disedekahkan kepada para sami yang akan lalu di kawasan mereka.
Aktiviti ini bermula seawal 5.30 pagi sehingga 7.00 pagi. Aku berkesempatan untuk melihat setiap pagi di beberapa kawasan yang berbeza hari pertama berdekatan dengan Dara Market dan persimpangan jalan di depan tourism center, hari kedua di hadapan Royal Palace dan Mount Phousi iaitu di sepanjang Sisavangvong Road dan hari ketiga adalah kawasan yang paling meriah iaitu sepanjang Sakkaline Road. Di Sakkaline Road ini, korang akan berdepan dengan begitu ramai jurugambar di kalangan pelancong akan mengambil gambar bagi setiap sudut untuk mendapatkan shot gambar yang terbaek.
5. Royal Palace
Royal Palace ini merupakan pusat tengah untuk pekan Luang Prabang dimana ianya terletak bertentangan dengan kaki Mount Phousi (laluan tangga). Royal Palace ini mencerminkan identiti Luang Prabang yang hampir keseluruhan rakyatnya adalah penganut Buddha. Di sini dijadikan tempat tumpuan pelancong untuk bergambar.
6. National Museum
National Museum nie terletak bersebelahan dengan Royal Palace. Keunikan dia hanya terletak pada seni bina bangunannya yang menjadi salah satu tempat orang bergambar ketika berada di Luang Prabang.
7. Temple (Watt)
Seperti yang aku katakan tadi, di sini terdapat begitu banyak temple (watt) kerana rata-rata penduduknya di sini adalah penganut Buddha. Temple yang paling terkenal adalah Watt Xieng Thong (Golden City Temple) dan aku sempat bergambar di beberapa temple seperti Watt Xieng Thong, Watt Aham, Watt Visounnarath, Watt Manorom dan lain-lain lagi.
8. UXO Lao Visitor Center
UXO Lao Visitor Center adalah satu tempat yang dipamerkan bom-bom, peluru-peluru serta yang berkaitan dengan senjata-senjata nie. Di sini juga lebih kepada sejarah-sejarah dan penemuan-penemuan mengenai kesan pada tragedi Secret War yang berlaku di situ.
9. Monument of President Souphanouvong
Tiada apa yang menarik sebenarnya di sini tetapi disebabkan ianya berdekatan dengan tempat yang aku ingin tuju, so aku singgah di sini untuk bergambar kenang-kenangan bersama-sama kanak-kanak tempatan yang sedang leka bergambar dan bermain di sini.
10. Luang Prabang Night Market
Luang Prabang Night Market adalah antara yang perlu korang rasai dan lihat kepelbagaian barangan yang dijual serta produk-produk tempatan. Harga di sini boleh tahan tapi masih boleh bargain untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Kat sini juga ada jual Lao Whiskey yang ada ular tedung, kala jengking dan macam-macam lagi. Hahahah...
11. Morning Market (Talad Sao)
Morning Market adalah pasar pagi yang biasa tapi keunikan dia korang boleh tengok tikus dijual untuk disalai dan dimakan. Hahahaha... Aku just lalu di sini ketika pulang dari tengok Alms Giving Ceremony so just lalu di sini sambil ambik2 gambar. Hahaha...
12. Dara Market
Dara Market adalah market tertua yang wujud di pekan Luang Prabang ini tetapi barangan-barangan di sini lebih tertumpu kepada Lao Sin (Skirt Tradisional) dan mungkin agak mahal di sini.
13.Bamboo Bridge
Bamboo Bridge ini adalah satu jambatan yang 100% dibuat daripada buluh dan sememangnya simple tetapi menarik untuk bergambar.
14. French Cultural Center
French Cultural Center adalah tempat yang tertumpu kepada senibina lama yang terdapat di sini. Ianya adalah berkait rapat dengan sejarah lama di sini dan tempat ini banyak dijadikan tempat lokasi pelancong datang untuk bergambar.
15. Mekong River Sunset Cruise
Mekong River Sunset Cruise nie adalah salah satu aktiviti yang tak dirancang sebenarnya. Aku buat keputusan untuk naik dan try Mekong River Sunset Cruise nie setelah sepakat dengan beberapa orang lagi kenalan traveller dari Malaysia yang sememangnya dapat menjimatkan kos untuk naik cruise nie. Kami ada 8 orang, so bajet sorang lebih kurang just dalam 20,000 kip seorang. Hehehe... ;)
Itulah antara tempat-tempat yang aku sempat lawati dan jejaki. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang begitu teruja tetapi keunikan yang terdapat di sini serta suasananya yang begitu tenang, membuatkan Luang Prabang ini menjadi suatu tempat yang harus korang lawati jika berkesempatan untuk ke sini.
Sebagai tambahan, aku nak sharekan menu-menu halal berserta harga dia untuk korang boleh buat bajet untuk makan minum di sini. Kedai Halal ini terletak di bersebelahan dengan LPQ Backpacker...
Apa-apa pun, Insyaallah sekiranya aku mempunyai masa yang lapang lagi, aku akan cuba kongsikan pula pengembaraan aku secara solo ke Phnom Penh (Cambodia), Davao & Puerto Princessa-Palawan (Philippines), Nha Trang (Vietnam) dan Bali (Indonesia) untuk entry-entry yang akan datang.
Sebenarnya aku masih teruja untuk menjejakkan kaki ke Negara Ke-13 pula selepas ini tetapi ianya masih dalam perancangan. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Jom aku kongsikan link tempat-tempat menarik yang pernah aku lawati/jejaki sebelum ini :-
1. Seoul, South Korea
2. Macau
3. Gold Coast, Australia
4. Osaka, Japan
5. Kyoto & Kobe, Japan
6. Manila, Philippines
7. Hong Kong
8. Yogyakarta, Indonesia
9. Singapore
*Credit to Saudara Izzat utk beberapa keping gambar yang diambil menggunakan kamera phone dia... ;)
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My Instagram : @CatatanAjim
No comments:
Post a Comment