Pages

Monday, July 9, 2018

Luang Prabang, Aku Datang !

Assalamulaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Pada 17 hingga 21 November 2017 yang lalu aku berpeluang untuk mengembara bersama sahabatku, Izzat ke Luang Prabang (LAOS). Korang pernah dengar Luang Prabang? Luang Prabang ini merupakan satu route baru dari Kuala Lumpur menerusi direct flight by Air Asia. Insyaallah, aku cuba kongsikan pengembaraan aku secara berpartner bersama sahabat aku yang secara keseluruhannya perbelanjaan hanya sekitar RM436.22 sahaja seorang bagi 4 hari 3 malam termasuklah flight return (KL-LPQ-KL), penginapan, makan minum, shopping, aktiviti dll.

Luang Prabang adalah sebuah provinsi kecil yang letaknya bersebelahan dengan Sungai Mekong, di sebelah utara Laos. Kota yang merupakan salah satu dari World Heritage Site ini pernah terpilih sebagai the Best Destination 2011 berdasarkan traveler's choice oleh Trip Advisor. Menarik kan?

Sejujurnya Luang Prabang ini merupakan antara destinasi utama pilihan aku di negara-negara Asean kerana daya tarikannya sebagai sebuah kota kecil yang cukup unik, tenang dan menarik. Luang Prabang inilah destinasi yang sepatutnya saya pergi sebelum 'last minute' saya membuat keputusan tukar destinasi ke Osaka (Japan) untuk percutian aku pada Jun 2017. 

LUANG PRABANG, AKU DATANG !


Permulaan pengembaraan aku ke Luang Prabang, kami berdepan satu masalah dimana flight kitorang tak dapat mendarat di Luang Prabang International Airport disebabkan awan/kabus tebal dimana kawasan tersebut dikelilingi oleh bukit-bukau yang menyebabkan pesawat berlegar-legar di atas selama hampir 1 jam dan akhirnya terpaksa mendarat di Wattay International Airport (Vientiane).

Kami berada hampir 2 jam di situ dan akhirnya dimaklumkan cuaca di Luang Prabang kembali terang dan kami dapat mendarat semula di Luang Prabang International Airport. Jadual bagi hari pertama aku terpaksa diubah/dirombak semula disebabkan situasi yang berlaku tadi dan setelah checkin di Aham Backpacker Hostel, kami terus berjalan ke beberapa tempat menarik sekitar jam 3 petang yang begitu terik panasnya. Untuk pengetahuan, kami bermalam di Luang Prabang melibatkan 2 tempat iaitu 1 malam di Aham Backpacker Hostel (shared room) dan 2 malam di LPQ Backpackers (double room).

Alms Giving Ceremony...
Sebenarnya, Luang Prabang ini boleh dikatakan suatu tempat yang sangat unik dimana aku akan sentiasa bangun awal sekitar jam 5 pagi semata-mata untuk melihat Alms Giving Ceremony iaitu satu budaya dimana sami-sami akan berjalan di sekitar jalan yang berdekatan dengan kuil Buddha untuk menerima pemberian-pemberian 'sedekah' dari penduduk tempatan dan para pelancong. Aktiviti ini adalah benda wajib yang korang mesti tengok kalau berkesempatan untuk ke Luang Prabang.

Sepanjang hampir 4 hari 3 malam di sana, aku turut berpeluang untuk melihat secara dekat beberapa tempat menarik di sana seperti Mount Phousi, Kuang Si Waterfall (salah satu air terjun yang sangat cantik, jernih dan airnya berwarna turqois dan yang paling penting, aku sempat bermandi-manda di sini), Pak Ou Caves (dimana aku perlu menyusuri sungai mekong hampir 1 jam untuk ke sini menggunakan jalan air), Royal Palace, pelbagai jenis watt / kuil seperti Wat Xieng Thong, Wat Aham, dan lain-lain lagi, Luang Prabang Night Market dan lain-lain lagi.

Berada di Kuang Si Waterfall... nie sebelum mandi... ~

Ketika berada di hadapan Pak Ou Caves setelah hampir 1 jam menyusuri Sungai Mekong menggunakan bot tradisional di sini... ~

Di Luang Prabang Night Market... ~

Berada di atas puncak Mount Phousi... ~
Makanan Halal? Di sini aku sedikit bertuah kerana LPQ Backpackers adalah bersebelah dengan restoran halal dan harganya bagi aku, just ok tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Di sinilah kami berpeluang bertemu dengan beberapa orang lagi kenalan dari Malaysia seperti Kak Nita, Kak Faizah, Farhan, Syuk, Ayo dan beberapa orang lagi dan sehingga hari ini masih keep in touch. Alhamdulillah...

Berada di hadapan restoran halal di Luang Prabang... ~
Apa yang lebih menarik, di sini juga aku turut dibantu dengan kenalan baru aku yang merupakan penduduk tempatan di situ iaitu Tony dan dia sempat bawak aku jalan-jalan naik motor untuk pusing-pusing keliling pekan kecil Luang Prabang ini. Untuk membalas jasa baik dia, pada 2 minggu lepas, aku pula yang bawak dia dan Lisa (kenalan dari Germany) pusing-pusing di Kota Metropolitan KL. Yeahhh.. ukhuwah persahabatan harus dikekalkan walaupun berbeza agama, bangsa dan negara... Insyaallah...

Secara keseluruhan mengembara di sini, ianya adalah sangat menarik kerana dapat melihat suasana kehijauan, bangunan-bangunan yang masih mengekalkan identiti yang tersendiri, anugerah alam yang begitu sempurna di sini dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik jika anda menghayatinya dengan penuh ketenangan dan kemakmuran kerana di sini kenderaannya yang sangat kurang dan rata-ratanya hanya berjalan kaki.

Insyaallah, next entry aku akan kongsikan mengenai tempat-tempat menarik di Luang Prabang, Laos untuk rujukan para pembaca blog aku di sini. Apa yang pasti, kalau korang berpeluang ke sini, nikmatilah keindahan alam di sini dengan penuh ketenangan... cewaahhhh.... Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku lakarkan sepanjang aku berada di Luang Prabang, Laos.

Waktu senja di Sungai Mekong... ~

Luang Prabang Night Market... ~

Salah satu senibina bangunan yang unik di sini... ~

Kenalan2 dari Malaysia... ~

Partner aku sepanjang berada di Luang Prabang, Saudara Izzat... :)

Malam terakhir merasa roti pisang coklat di sini... ~

*Sebelum terlupa, credit to my partner, Saudara Izzat untuk gambar-gambar yang sangat2 menarik sepanjang berada di sana... ;)

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My Instagram : @CatatanAjim


No comments:

Post a Comment