Tuesday, September 12, 2023

Malam Gala Tayangan Filem MALBATT Misi Bakara...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Pada 8 Ogos 2023 yang lalu, aku berpeluang untuk menghadiri Malam Gala Tayangan Perdana Filem MALBATT Misi Bakara yang telah diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Alhamdulillah, aku diberikan 4 pass untuk malam tersebut dan aku hadiri tayangan tersebut bersama-sama sahabat-sahabat aku iaitu Adam Suffian, Nazrul Hazwan dan Erry Hidayat.

Apa yang menariknya, majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Multimedia dan Komunikasi Digital bersama Timbalannya, YB Puan Teo Nie Ching.

Aku difahamkan filem ini merupakan filem tempatan yang menggunakan bajet hampir 20 juta ringgit dan penggambaran filem ini dilakukan sekitar Turkiye dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Aku sangat-sangat tertarik dengan jalan cerita filem ini yang diadaptasi dari penceritaan kisah benar dari salah seorang veteran MALBATT yang bagi aku, ianya sangat-sangat menarik untuk ditonton oleh kita selaku rakyat Malaysia.

Semangat dan sifat keberanian yang ditonjolkan melalui watak-watak kumpulan MALBATT ini sedikit sebanyak memberi satu 'vibes' positif terutamanya ketikamana bekerja dalam satu pasukan.

Seperti yang kita tahu, kutipan filem ini sudah mencecah RM31 juta selama lebih 18 hari ianya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Ini menunjukkan filem ini sangat-sangat diterima oleh masyarakat.

Jom aku nak kongsikan beberapa keping gambar kenang-kenangan bersama para pelakon filem ini semasa Malam Gala Tayangan Perdana filem ini yang diadakan di IOI City Mall lalu...

Lain-lain gambar...

Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Gelugor, Pulau Pinang
12 September 2023


0 comments: