Tuesday, September 12, 2023

Adam AF2 : 19th Anniversary Showcase...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Terlalu banyak muzik dan lagu muncul sejak akhir-akhir ini. Pertumbuhan penyanyi-penyanyi baru bak cendawan dan banyak juga bakat-bakat baru muncul melalui platform media sosial seperti TikTok, Youtube dan lain-lain lagi.

Cuma, impak realiti tv masih berbisa terutamanya Akademi Fantasia dan aku pada 'zaman' itu sekitar tahun 2004-2005 antara peminat dan pengikut konsert-konsert Akademi Fantasia di Astro Ria. Antara yang aku paling suka adalah Akademi Fantasia 2 iaitu Adam, Farah dan Mas. 😀😀😀

ADAM AF2 : 19th ANNIVERSARY SHOWCASE

Pada 09 September 2023 iaitu hari Sabtu yang lalu, aku berpeluang untuk menghadiri satu showcase yang sangat-sangat dinantikan iaitu '19th Anniversary Showcase by Adam AF2'.

Perasan teruja tue memang tak dapat diselindungkan terutamanya apabila aku sendiri pernah berinteraksi dengan Adam semasa aku kemas bilik dan aku susun kesemua album Adam dari album yang pertama sehinggalah album yang keempat. Cuma masa tue, aku ada request untuk Adam tandatangan kesemua album tue dan Adam balas, boleh saja. Masa tu jugalah Adam maklumkan pasal dia akan buat showcase dalam Tahun 2023 ini.

Apa yang menariknya, showcase ini diadakan di Makan Heritage, Kota Damansara dan setiap pengunjung diberikan satu meal sebagai santapan dan aku memilih Chicken Chop Lemak Berkrim. Memang sedap!

Banyak lagu dinyanyikan oleh Adam. Tak silap aku melebihi 12 buah lagu seperti Joget Lambak, Benar-Benar, Haruskah (lagu favorite aku nie), Potret Lama, Tukang Gempak, Berbuah 2 Kali, Terima Kasih, Jatuh, Walaupun, Terhangat Di Pasaran, Seri Satu Sama dan paling best, Adam turut menyanyikan satu lagu baru yang akan dilancarkan di Youtube tak lama lagi yang bertajuk Apa Khabar.

Adam juga turut menjemput kumpulan V.I.P untuk turut serta mendendangkan lagu yang bertajuk 'Lagu Sedih'. Dalam kumpulan V.I.P nie, aku kenal dengan Bro Amen iaitu salah seorang anggota bagi kumpulan V.I.P ketika tahun 2021. Sempat la aku gi tegur bro Amen dan bergambar dengan dia dan kumpulan V.I.P.

Malam tue juga, Adam turut memperkenalkan new talent yang boleh dianggap mentee kepada beliau yang akan masuk dalam Industri Muzik tanah air tak lama lagi iaitu Danlee Syah. Sempat jugak la aku bertegur sapa dan bergambar dengan beliau sebagai tanda sokongan kepada beliau. Insyaallah...

Secara keseluruhan, aku sangat-sangat berpuas hati kepada pihak penganjur dan Adam sendiri yang memang 'tiptop' dan 'boombastik' la showcase ini. Dan yang paling penting, thanks to Kak Weeda sebab letakkan aku di meja yang paling depan dan sangat-sangat strategik! 😍😍😍

Jom aku sharekan, beberapa gambar kenang-kenangan...

Mendoakan semoga Adam terus sukses dan kekal releven dalam Industri Muzik Tanah Air. Insyaallah...

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Gelugor, Pulau Pinang
12 September 2023

0 comments: