Thursday, August 25, 2016

Pekak a.k.a Pek4k : Cinta Mampu Mengubah Segalanya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemu kembali hari ni untuk entry terbaru dari aku. Sebelum tue, aku nak kongsikan sedikit kesedihan yang sedang melanda di mana handphone aku sekarang di ambang nazak. Huhuhu... Handphone yang aku beli dengan duit gaji hasil titik peluh aku rosak begitu sahaja. Sekarang aku dalam perancangan untuk membeli handphone samada dari produk Oppo ataupun Huawei. Tapi yang pastinya aku tak akan beli dah produk dari Samsung. Samsung Tab 1.0 dan Samsung Galaxy J1 yang aku beli rosak macam tue saja tanpa sebab. So aku boikot produk Samsung buat sementara waktu. Noktah !

Hari ini aku nak kongsikan mengenai satu filem tempatan yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 September 2016 iaitu Filem Pekak. #Pek4k . Semalam aku berpeluang untuk menghadiri Malam Gala Filem Pekak yang turut dihadiri oleh barisan pelakonnya iaitu Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Iedil Putra, Amerul Affendy dan Joe Flizzow. Terima kasih atas jemputan yang diberikan ya !

Kad Jemputan ke Malam Gala Filem Pekak...
PEKAK a.k.a PEK4K : Cinta Mampu Mengubah Segalanya...

Filem Pekak arahan Saudara Mohd Khairul Azri Md Nor merupakan hasil karya pertamanya yang diterbitkan oleh Grand Brilliance & Lightbulb Pictures dengan kerjasama Primeworks Studio. Filem ini seakan-akan filem KIL dari segi penataan cahayanya dan konsep yang diketengahkan dan aku puji karya Saudara Mohd Khairul Azri ini.







Sebelum itu, aku nak kongsikan sinopsis filem Pekak ini untuk korang faham dahulu jalan cerita filem ini :

"Filem ini mengisahkan tentang seorang pengedar dadah bernama Uda (lakonan Zahiril Adzim) yang cacat pendengarannya. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, dimana dia akhirnya terjerumus dengan aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya.

Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah yang bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini mula menerbitkan bibit-bibit cinta di antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah."

Korang dapat tangkap tak jalan ceritanya? Sejujurnya, aku begitu tertarik dengan jalan ceritanya membuatkan aku sangat teruja untuk menonton filem ini semalam ditambah dengan lakonan dari pelakon kegemaran saya, Sharifah Amani ini semestinya memberikan satu persembahan yang cukup menarik dan terbaik.

Filem Pekak ini boleh aku katakan antara filem tempatan yang aku rasakan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dimana penceritaannya itu begitu dekat dengan cara hidup golongan sederhana dan susah berbanding filem-filem tempatan yang lain yang gah dengan kehidupan yang mewah. Sedangkan secara realitinya, masih begitu ramai rakyat yang bekerja di Kuala Lumpur menghadapi situasi yang seperti digambarkan dalam filem Pekak ini. Aku puji dan ucapkan syabas buat penulis skripnya.

Filem Pekak ini menjadi sangat kuat apabila dipersembahkan dengan lakonan hebat dari pelakon utamanya iaitu Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani) ditambah dengan lakonan menjadi dari Sharifah Sakinah dan Amerul Affendi juga mampu menguatkan lagi filem ini. Watak Sharifah Sakinan sangat realistik dan aku puji lakonan hebat beliau sebagai seorang pelajar sekolah yang begitu 'munafik' dari segi perwatakannya. Haha Syabas Sis!

Filem Pekak ini juga memberikan satu perwatakan dari seorang oku yang mempunyai cita-citanya yang begitu kuat iaitu nak mendengar. Beliau kumpul duit dari aktiviti kerjanya itu sehingga mencecah RM60,000 sebagai kos rawatan pendedahannya itu. Dan apa yang aku begitu tertarik adalah beliau mempunyai hasrat dan berterus terang dengan Dara iaitu 'Saya mahu dengar suara Dara'.

Sehinggalah dipengakhiran filem ini aku begitu tertarik dengan ungkapan penulisan dari Dara kepada ayahnya yang lebih kurang bunyinya macam nie:-

"Uda mahu dengar suara Dara,
Tetapi kenapa abah tak mahu dengar suara Dara?"

Perghhh...hampir menitiskan air mata melihat babak ini. Pendekatan yang digunakan oleh pengarah bagi menghidupkan watak Uda & Dara ini harus dipuji. Watak dan perwatakan itu menjadi sangat dekat dengan penonton dan menjadi ! Info yang aku dapat, filem ini pernah ditayangkan di Merche Du Film 2016 di Cannes dan pernah dicalonkan dalam kategori Best International Film di World Premieres Film Festival Phillipines 2016. 






Secara keseluruhannya, filem ini tidaklah terlalu berat dan aku puji isu yang cuba diketengahkan oleh barisan produksi ini iaitu dadah, remaja rosak akhlak, seks bebas dan macam-macam lagi ini digambarkan dengan penuh realisitik. Itu aku puji ! Filem ini juga cukup bersahaja dengan diselitkan dengan lagu-lagu klasik dan penataan cahayanya yang menarik memberikan filem ini ke satu tahap yang terbaik. Aku bagi 8/10 bintang untuk filem ini. Tahniah ! Korang jangan lupa saksikan filem Pekak ini mulai 1 September 2016 nanti ya !

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


0 comments: