Monday, August 22, 2016

Teater Mak Yong : Dewa Indera - Indera Dewa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

"Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentu drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Di Raja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehinggan 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.


Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu ‘Mengadap Rebab’ diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun."

Itulah serba sedikit maklumat yang aku boleh kongsikan buat pembaca blog aku mengenai 'Mak Yong'. Alhamdulillah, ini kali kedua aku berpeluang menyaksikan persembahan Mak Yong secara live yang telah dipentaskan oleh pihak Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic).

Mak Yong : Dewa Indera - Indera Dewa

Itulah tajuk teater Mak Yong yang sempat aku ikuti persembahannya yang bagi aku cukup unik, mengkhayalkan dan penuh dengan tradisi. Persembahan teater Mak Yong ini dimulai dengan Tarian Mengadap Rebab yang cukup memukau.

Perjalanan ceritanya juga tidaklah terlalu berat kerana diselitkan dengan dialog dan watak 2 orang pelawak yang semestinya membuatkan penonton terus ketawa dengan aksi dan gelagat mereka. Secara keseluruhannya, teater Mak Yong ini semestinya terus diangkat supaya tidak ditelan zaman. Kerana apa? Kerana ramai orang muda yang masih tidak mengenali Mak Yong walaupun ianya telah diiktiraf oleh UNESCO.

Aku pun sebenarnya tak tahu nak kongsi apa, cuma aku nak kongsikan beberapa keping gambar sepanjang teater Mak Yong ini berlangsung yang sempat aku rakamkan untuk perkongsian buat pembaca-pembaca blog aku. Jom sama-sama tengok ya... ~










Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



2 comments:

gulew kapas said...

Wah. Macam best je tengok teater ni.

wan muhammad hazem said...

@gulew kapas : Ok la setakat nie tengok movie nie... ;)