Monday, January 9, 2012

Anarki Anak Kiri by Adam Adli...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Jom ikuti, hayati dan selami sebuah puisi yang bertemakan perjuangan anak muda karya oleh Saudara Adam Adli, dengan tajuknya ‘Anarki Anak Kiri’.

ANARKI ANAK KIRI – Adam Adli



Tembok itu masih di situ,
Penjara otak anak kiri.
Haruskah anak kiri robohkan saja
Tembok usang penjara rejim?

Tembok itu sudah usang,
Bisik hati anak kiri;
Robohkan saja! Ini masanya!
Mahu tunggu mereka ganti yang baru?

Tembok itu kini kian usang,
Baik kamu robohkan saja anak kiri!
Sebelum mereka datang lagi
Dengan tembok (penjara) yang baru.




*Perjuangan dan kebangkitan anak muda, belia remaja, mahasiswa bukan setakat ini sahaja. Ianya akan terus mekar menjadi satu kebangkitan yang bersejarah di kalangan mereka ini. Insyaallah… Walaupun ramai yang menentang, tetapi kena ingat juga MASIH ramai yang menyokong… Insyaallah…

*Terima kasih juga pada Adam atas nukilan puisi yang cukup bermakna ini… Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

aku said...
This comment has been removed by the author.
aku said...
This comment has been removed by the author.
aku said...

dia abang aku.
dia darah daging aku.
biar dicemuh.
biar diludah.
biar ditampar.
biar ditumbuk.
aku tetap disini.
disisinya.
takkan aku lari.
takkan walau selangkah.
takkan aku ke belakang.
malah aku melangkah.
dengan langkah besar kehadapan