Sunday, September 25, 2011

Karipap-Karipap Cinta Yang Santai...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bercakap mengenai sebuah filem komedi yang diadaptasikan dari sebuah novel membuatkan kita semua akan tertanya-tanya adakah filem tersebut se-gah novelnya itu? Penceritaan yang sangat menarik dalam bentuk penulisan dan adakah ianya juga menarik dalam bentuk filem atau visual?



‘Karipap-Karipap Cinta’ merupakan sebuah filem komedi yang telah diadaptasikan dari sebuah novel karya Saudara Nazri M. Annuar. Filem yang mengangkat kisah sebuah cerita cinta yang santai dan menjadi ‘Karipap’ sebagai elemen utama dalam memperjuangkan sebuah cinta ini telah diarahkan oleh seorang pengarah yang berpengalaman iaitu Saudara Othman Hafsham.

Bercerita mengenai filem lakonan Gambit Saifullah dan Melia Aimellia ini, saya lebih tertarik dengan novelnya berbanding filem ini sendiri. Cukup mudah untuk saya katakan bahawa, saya tiada perasan ketika menonton filem ini berbanding apabila membaca novelnya, komedi dan penceritaan yang santai membuatkan saya leka dalam meniliti satu persatu muka surat novel ‘Karipap-Karipap Cinta’.

Lakonan Melia Aimellia sebagai Sarah dapat saya rasakan cukup menjadi walaupun banyak kritikan yang diberi terhadap imej yang digambarkan dalam filem ini sebagai seorang graduan Universiti Al-Azhar. Lakonan yang santai dan bijak cukup membuatkan saya terpesona dengan penceritaan yang dibawa oleh Sarah ini.

Saya juga sebenarnya agak kecewa ketikamana menonton filem ini kerana gambaran yang disampaikan dalam filem ini tidak seperti yang saya gambarkan sebelum ini. Mungkin disebabkan lakonan barisan pelakonnya yang kurang menjadi ataupun kemungkinan disebabkan pengarahan yang tidak menjadi.

Apa yang dapat saya berikan untuk filem ‘Karipap-Karipap Cinta’ ini adalah sebanyak 3 bintang sahaja. Cukup untuk saya katakan bahawa filem ini sekadar untuk perkongsian kreatif dari barisan krew dan barisan pelakonnya.

Dan saya harap agar penulis skrip Nazri M.Annuar, dapat meneruskan penulisan kreatif beliau kerana idea yang disampaikan beliau cukup unik terutamanya ketika menulis novel. Kepada pengarahnya pula, saya sentiasa menyokong industri perfileman Anak Tempatan dan teruskanlah dengan karya yang seterusnya.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: