Thursday, September 8, 2016

Aliff Dalam 7 Dimensi : Satu Kelainan dan Keunikan Filem Tempatan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Selepas trailer dan promosi hebat dari filem tempatan, Pekak lakonan Zahiril Adzim (yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di International Motivational Film Festival (IMFF) BRIDGE of Arts Russia 2016) dan Sharifah Amani akhirnya telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 September yang lalu. Dah tengok?

ALIFF DALAM 7 DIMENSI : Satu Kelainan dan Keunikan Filem Tempatan...

Semalam aku berpeluang untuk hadiri dan menyaksikan tayangan premiere filem tempatan 'Aliff Dalam 7 Dimensi' bersama-sama dengan barisan pelakonnya iaitu Izzue Islam, Alif Satar dan Juliana Evans di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Apa yang aku boleh katakan adalah filem tempatan yang ada keunikan dan kelainan yang tersendiri.

Aku bersama Juliana Evans, Izzue Islam & Alif Satar...
Sejujurnya aku tidak mengetahui langsung mengenai filem tempatan 'Aliff Dalam 7 Dimensi' ini sebelum baru-baru ini aku dimaklumkan mengenai filem ini dilancarkan grafik novel dan barulah aku mengetahui bahawa filem ini akan ditayangkan mulai 8 September 2016. Aku hanya melihat trailernya di youtube untuk mengetahui mengenai filem ini.

Sebelum itu, aku nak kongsikan dulu sinopsis filem 'Aliff Dalam 7 Dimensi' ini :

"Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari dimensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya.

Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat.

Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?"

Filem ini dipersembahkan dengan grafiknya yang tersendiri terutamanya melibatkan kehadiran hantu-hantu atau makhluk-makhluk halus yang berada di sekeliling manusia. Apa yang paling melucukan adalah seekor makhluk halus yang cuba memakan makanan manusia yang tidak membaca bismillah. Hahaha... ;)

Filem ini tetap ada kekurangannya terutamanya dari segi lakonan Juliana Evans yang sedang dirasuk oleh saka Aliff. Grafiknya juga sedikit 'kureng'...huhu tetapi filem ini tetap boleh aku layan berbanding filem 'Morgan' dan 'Dukun Doktor Dani'.

Filem ini tidaklah sebaik dan sehebat filem 'Pek4k' tetapi aku puji lakonan hebat dari Izzue Islam dan Alif Satar yang menghidupkan keseluruhan filem ini. Dan aku ucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada sudi memberi peluang untuk aku hadiri dan menyaksikan tayangan premiere filem ini bersama-sama dengan barisan pelakonnya. Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang untuk filem ini.

Aku bersama Juliana Evans, Izzue Islam & Alif Satar...
Aku bersama Juliana Evans, Izzue Islam & Alif Satar...
Insyaallah, malam ini kalau takdak aral melintang, aku nak pergi ke Light Sensation yang diadakan di MAEPS, Serdang. Kalau terjumpa, tegur-tegurlah ya sahabat-sahabat semua !

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com 

0 comments: