Friday, July 15, 2011

Nanti Diriku Di UTM JB...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Itu sahaja ungkapan yang dapat saya lafazkan ketika mana saya menerima satu berita gembira iaitu saya diterima masuk untuk Ijazah Pertama di Universiti Teknologi Malaysia dengan kursus yang ditawarkan iaitu Sains – Pembangunan dan Pentadbiran Tanah.

Saya amatlah bersyukur kepada-Nya kerana telah memberi peluang untuk saya terus mengorak langkah mencapai cita-cita saya dengan berterusan. Insyaallah, peluang yang diberikan ini, akan saya gunakan dengan sebaiknya tanpa menghiraukan ‘mereka-mereka’ yang seringa memporak-porandakan hidup saya.

Di sini juga, saya ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada kedua ibu ayah saya, adik-beradik saya, saudara-mara saya, sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, junior-junior saya, senior-senior saya, lawan-lawan saya yang sentiasa menyokong saya dan memberi sokongan moral kepada saya untuk terus mencapai cita-cita saya. Terima Kasih !

Saya juga ingin mengucapkan ‘TAHNIAH’ kepada sahabat-sahabat saya yang dapat sambung belajar dan kepada mereka yang tidak dapat sambung belajar, Insyaallah, Jangan berputus asa, teruskan perjuangan anda, Insyaallah…rezeki ada dimana-mana sahaja.



Di kesempatan ini juga, saya ingin tujukan kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru (UTM JB), nantikan kemunculan saya (WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH). Jangan buli saya k, n sokonglah saya… hehehe… =)

Tiada apa lagi yang hendak saya katakana kecuali ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH ! ALHAMDULILLAH !

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

6 comments:

Nadia Havez said...

warga skudai, sila buli beliau.. muahahah~

zurynzakarya said...

tahniah :D

WMHMY said...

Thanks kak Nadia & Zurynn... =)

Shafiq Izwan said...

baaeekk la ajim!!

NadiRah said...

wahh!!
tahniah!! ^^

http://dirahpunyerblog.blogspot.com/2011/07/bakal-siswazah-di-utm-skudai-meh-baca.html

NA.M said...

selamat datang ke kampus JB.. heee.. :)