Sunday, July 3, 2011

Love Valuatian at Ulu Bendul, Negeri Sembilan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Love Valuation @ Ulu Bendul, Negeri Sembilan” anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) Universiti Teknologi Malaysia International Campus merupakan satu bentuk program yang santai dan bersahaja bagi meraikan Mahasiswa-mahasiswa Tahun 1 Diploma Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia International Campus.

Sebelum itu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada Mohamad Shahmi iaitu Presiden PEHARTA UTM IC bagi sesi 2010/2011 kerana sudi menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama dengan Barisan AJK PEHARTA UTM IC meraikan Mahasiswa Tahun 1 di sana.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ sekali lagi kepada Barisan Penganjur kerana turut memberi ruang dan kesempatan untuk saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang Harta Tanah ini terutamanya ketika saya menjalani Latihan Industri di Firdaus & Associates Professionals Property Sdn. Bhd. Serta pengalaman saya menjawat jawatan sebagai ‘Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sesi 2009/2010 dan Presiden PEHARTA sesi 2009/2010’.

Apa yang dapat saya katakan berkenaan dengan program arahan Saudara Abu Salathin Akashah ini adalah di tahap yang baik dan bersahaja. Cuma ada sedikit kelemahan dan kecacatan yang masih boleh diperbaiki terutamanya berkaitan dengan pengurusan dan aktiviti. Saya yakin Saudara Pengarah masih mampu untuk pergi jauh dari ini. ‘SYABAS’ kepada Saudara Abu dan barisan penganjur.

Antara program yang telah dijalankan oleh pihak Penganjur adalah Ice Breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), BBQ, Explorace @ Ulu Bendul, Bacaan Yasin, Sesi Pengenalan Barisan Kepimpinan Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sesi 2010/2011 dan riadah. Dan apa yang paling menggembirakan saya adalah penyertaannya yang dianggap ‘luar biasa’ kerana inilah pertama kali saya sertai program PEHARTA yang teramai setakat ini.

Tapi, apa-apa pun, saya dapat perhatikan dan rasakan bahawa program ini telah diadakan sedaya upaya oleh pihak Penganjur dan telah dilakukan sebaik mungkin. Saya ucapkan ‘TAHNIAH & SYABAS’ kepada anda semua kerana berani membuat program seperti ini. Dan saya dapat rasakan hampir 80% objektif yang diketengahkan telah mencapai sasarannya. TAHNIAH !

Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi ucapan ‘TAHNIAH’ kepada pihak Penganjur dan Barisan Tahun 2 Diploma Pengurusan Harta Tanah kerana anjurkan program seperti ini. Dan ucapan ‘SELAMAT MAJU JAYA’ kepada semua ahli PEHARTA UTM IC serta ‘SELAMAT DATANG KE KELUARGA PEHARTA UTM IC’ kepada semua Mahasiswa Tahun 1 Diploma Pengurusan Harta Tanah UTM IC.


Saya ketika berkongsi pengalaman berkenaan dengan Latihan Industri...


Mahasiswa Tahun 1 Diploma Pengurusan Harta Tanah...


Mahasiswi Tahun 1 Diploma Pengurusan Harta Tanah...


Mahasiswi Tahun 3 Diploma Pengurusan Harta Tanah...


Semuanya tersenyum Gembira...


Masih tersenyum walaupun kepenatan... =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

panda putih said...

terbaik!!!!

Ijoy said...

love PEHARTA! <3

WMHMY said...

Lobe PEHARTA too... =)