Saturday, June 25, 2011

Karak - Laluan Puaka...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berpeluang menonton filem ‘KARAK – Laluan Puaka’ sebanyak dua kali bersama-sama dengan sahabat saya iaitu Farizal dan Syamil. Filem arahan Yusry KRU ini yang pertama kali memberi sentuhan filem yang berunsurkan Sera mini cukup menjadi !



Lakonan yang bersahaja dari gabungan pelakon baru dan lama juga baik seperti Shahir AF8, Sheera Aiyob, Qila Fairy, Along serta Sidek Hussain. Jalan cerita filem ini cukup unik dan menarik. Elemen seram yang digarapkan begitu menakutkan dan mempunyai kelainan dari filem-filem seram sebelum ini.

‘Encik…. Boleh tolong saya Encik…’
‘Encik…. Ada nampak anak saya….’



‘Saya tak percaya hantu…lainlah kalau cik takde tangan ke, kaki ke, kepala ke…’



‘Macam ini ke Encik…’ – Kepala dan badan sudah terpisah !



Itulah antara babak yang saya dapat rasakan betapa seramnya ketika pertama kali menonton filem ini. Filem ini juga dapat saya katakana mempunyai pelbagai elemen yang bersahaja dan kekuatan dari segi mesej yang ingin disampaikan oleh pengarahnya.

Jika ditanya berapa bintang untuk diberikan kepada filem ini, saya akan berikan 4 bintang untuk filem ‘KARAK’ ini. 1 Bintng lagi saya simpankan disebabkan saya masih tertanya-tanya apa sebenarnya motif budak-budak ini diganggu ketika melalui Lebuhraya Karak ini. Hehehe…

Apa-apa pun, aku nak kongsikan kat sini, beberapa keping gambar yang menyeramkan beberapa watak dalam filem ini. Oleh itu, selamat menonton kepada mereka yang baru nak menonton !

























p/s : Filem ini memang seram ! heheheh….

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

2 comments:

Hafiza Omar said...

tengok gambar pun dah seram..huhu..kire karak ni lagi seram dari khurafat la ea?xsbr nk download citer ni..nak tgok kat wayang xbrani..hehe

WMHMY said...

Boley la tahan cite nie akak... =)