Monday, March 21, 2011

Malam Pra Graduan 2011...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Malam Pra Graduan 2011” anjuran Unit Perhubungan Alumni UTM yang bertempat di Pulai Spring Resort pada 19 Mac 2011 merupakan suatu malam yang begitu bermakna bagi saya dan memberi sumber inspirasi baru untuk saya terus melangkah mengejar impian.

Pertamanya, walaupun pada mulanya kelihatan agak tegang berkenaan dengan isu penempatan yang melibatkan peserta UTM IC tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan yang berlaku.

Bertemakan malam “LESTARI” dan “ELEGAN”, kelihatan banyak mahasiswa dan mahasiswi yang melaram sakan bak Putera dan Puteri Kayangan ketika melangkah masuk di hamparan karpet merah dengan penuh bergaya dan karisma. Hanya saya sahaja yang bertopeng pada malam itu. Hehehe… =)

Malam itu juga diserikan dengan kedatangan Yang Berhormat Dato’ Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia yang merasmikan Majlis “Malam Pra Graduan 2011” dan seterusnya melancarkan “International UTM Alumni Ambassador”.

Seterusnya diadakan pula Penyampaian Anugerah Mahasiswa Berpotensi yang disampaikan oleh YB Dato’ Shaziman Abu Mansor kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Seramai 20 orang mahasiswa dan mahasiswi UTM yang menerimanya (13 UTM JB & 7 UTM IC). Berikut adalah penerima-penerima dari UTM IC :

1. Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh (Diploma Pengurusan Harta Tanah)
2. Jenny Anak Ngingang (Diploma Kejuruteraan Awam)
3. Darren Lai Chai En (Diploma Kejuruteraan Awam)
4. Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar (Diploma Pengurusan Harta Tanah)
5. Hariz Zakwan Bin Abu Baharim (Diploma Pengurusan Teknologi - Perakaunan)
6. Nur Hidayu Bt Ahmad (Diploma Pengurusan Harta Tanah)
7. Lukmanul Hakim Bin Abd Aziz (Diploma Kejuruteraan Elektrik - Kuasa)

Alhamdulillah dan sangat bersyukur di atas anugerah tersebut yang diberikan kepada saya. Ini merupakan kali ke-4 saya menerima anugerah dari pihak UTM. Dengan kejayaan ini membuatkan diri saya perlu berusaha lebih gigih bagi memacu kejayaan buat Ayah dan Ibu saya di Alor Star.

Saya juga berazam untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menyertai satu lagi bidang baru yang akan saya mulakan, Insyaallah, tahun hadapan. Saya juga di sini ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh sahabat-sahabat saya yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan ke atas diri saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Insyaallah.

Secara keseluruhannya, dengan gabungan antara UTM JB dan UTM IC bagi Malam Pra Graduan sebegini adalah langkah baik pihak Alumni UTM bagi menyatukan keakraban antara mahasiswa UTM JB dengan UTM IC.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak “TERIMA KASIH” kepada mereka yang terlibat. Percayalah, keikhlasan dalam mencari kejayaan merupakan satu jalan untuk kita memperolehi redho dari Allah Taala. Insyaallah…





Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

3 comments:

Khairul Fitri said...

Tahniah!

Anonymous said...

best ke

WMHMY said...

Fitri : Thanks a lot... =)

Salman : Ok jew... =)