Wednesday, January 5, 2011

LI...Oh LI...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berjumpa kembali setelah beberapai tidak menulis disebabkan kesibukan yang melanda setelah bergelar seorang mahasiswa yang menjalani Latihan Industri di Firdaus & Associates Property Professional Sdn Bhd yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, setelah 3 hari berada di sana sudah menunjukkan beberapa peningkatan terhadap diri saya terutamanya melibatkan beberapa kerja atau tugas yang telah diberikan kepada saya serta rakan sekerja saya (juga mahasiswi UTM IC) iaitu Izyan Ayuni Bt Isamail.

Pelbagai pengalaman dapat dikutip untuk menjadi bekalan sebelum bekerja nanti. Antara tugas-tugas yang telah saya lakukan adalah membuat pengiraan luas kawasan, pengiraan sewa, memasukkan lampiran, membuat appendixes, rancangan tempatan, melukis pelan kawasan, melukis pelan rumah dan sebagainya lagi.

Selain itu, walaupun penat dan meletihkan ketika berhadapan dengan banyak kerja yang perlu dilakukan sejak 3 hari ini tetapi ianya tidak membantutkan semangat saya untuk terus ke hadapan setelah kekecewaan pertama saya ketika bekerja di syarikat sebelumnya yang terletak di Alor Star, Kedah.

Pembelajaran secara amali ini sungguh membuatkan saya berfikir betapa bezanya suasana bekerja dan belajar. Perbezaan ini yang menyebabkan sedikit keterbukaan terhadap mahasiswa untuk terus berjaya dalam bidang ini. Insyaallah.

Menjadi lumrah apabila setiap yang mahasiswa yang berpraktikal ini akan menjalani Latihan Industri di tempat-tempat yang berbeza mengikut kehendak masing-masing. Ianya sebagai persediaan awal kita sebelum benar-benar bergelar seorang yang bekerjaya pada suatu hari ini nanti.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa yang sedang dan akan menjalani Latihan Industri, kutiplah pengalaman sebanyak mungkin untuk masa depan masing-masing. Insyaallah…kita sesama insan hanya mampu mendoakan untuk kesejahteraan masing-masing dan seluruh saudara kita yang lain.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: