Sunday, January 30, 2011

Khurafat : Perjanjian Syaitan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Dari “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, jom kita beralih pula kepada satu lagi Filem Seram Melayu 2011 ini iaitu “Khurafat”. Filem keempat (rasanya) arahan Pengarah Terbaik FFM 2010 & Lakon Layar Terbaik Anugerah Skrin 2010, Saudara Syamsul Yusof selepas Filem “Evolusi KL Drift”, “Evolusi KL Drift2” & “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam”, memang menyeramkan dan menakutkan.






Filem ini juga boleh dianggap filem yang cukup menyeramkan dan penuh dengan mesej yang ingin disampaikannya. Filem lakonan Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali & Salina Saibi ini juga berjaya memberi kesan yang cukup kuat terhadap diri saya terutamanya berkaitan dengan Mati.

Jika disuruh pilih antara filem arahan saudara Syamsul Yusof yang terbaik, saya akan memilih filem “Khurafat” ini dan saya memberi 4.5 bintang kepada filem Melayu ini. Dan menjadi persoalan ke mana hilangnya 0.5 bintang lagi tue? Ianya datangnya dari persoalan saya kenapa file mini berakhir dengan kematian? Hehe...

Filem ini juga dengar khabarnya sudah mencecah ke angka RM5 juta, betul atau tidak, kita nantikannya… Jalan cerita dan barisan pelakon yang menjayakan filem ini juga dianggap baik dan mantap. Posternya saja dah cukup membuatkan diri saya meremang keseorangan. Hahaha…


Di kesempatan ini juga, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak berkaitan dengan khurafat (bukan filem “Khurafat”) ini sebagai pengetahuan kepada kita semua. Insyaallah…

KHURAFAT membawa maksud semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ralaman, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Antara ciri-ciri khurafat ialah :
I. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Rasulullah).
II. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
III. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
IV. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
V. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
VI. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus.

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.”

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Taala adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Taala. Firman Allah dalam Surah al-Jin 72:6 yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan keasalahan bagi mereka.”

Sekian, wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

0 comments: