Sunday, December 26, 2010

Program Kembali Ke Sekolah 2011 (USR-UTM@Panching)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Program Kembali Ke Sekolah 2011” sempena “University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM@Panching,Pahang)” telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM UTM IC) yang bertempat di Kampung Felda Sungai Panching.

Program yang diketuai oleh saya sendiri selaku Pengarah Program telah dibantu oleh 10 orang yang lain iaitu Mohd Irfan (Exco MPM UTM IC), Aiman (Ketua Fasilitator), Farid Zulkipli, Nazriah Rasul, Izni, Wan Ainun Bahirah, Zulfadhli Malik, Mushlikie, Amir Ridhwan dan Hafiz.

Program ini telah memperolehi penyertaan sebanyak 105 orang dari kalangan pelajar tahun1 hingga tahun 6 yang rata-ratanya adalah penduduk kampung Felda Sungai Panching Selatan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Motivasi Pagi, Ceramah motivasi, LDK1 dan LDK 2.

Selain itu, program ini juga telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Abdul Manan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang. Saya juga berkesempatan menjamu selera bersama beliau serta beberapa pemimpin kampung.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah dikutip sepanjang program ini diwujudkan dengan proses publisiti sehinggalah program ini selesai dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk meneruskannya tetapi dengan sokongan yang kuat oleh ajk program yang lain, saya meneruskan juga program ini. Alhamdulillah…

Saya di sini, ingin mengucapkan berbanyak ucapan “TERIMA KASIH” kepada pihak UTM, pihak AJK Program, Pihak Penduduk Kampung Setempat dan sebagainya lagi, kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini dilaksanakan.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program Kembali Ke Sekolah 2011
Merangkap Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: