Tuesday, December 7, 2010

Tokoh Maal Hijrah 1432H...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum itu, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi “TAHNIAH” kepada Y.M Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432H yang telah disampaikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari ini.



Di sini saya ingin berkongsi sedikit biodata berkenaan dengan Tokoh Maal Hijrah sebagai pengetahuan dan pembakar semangat untuk kita semua terus berjaya dan berkobar-kobar untuk mencapai kemenangan dan kejayaan. Insyaallah…

Y.M Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz



Beliau merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Beliau adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.


P/S : Tiada yang mustahil sekiranya kita terus ke hadapan mengutip ilmu-ilmu yang berguna untuk diri kita, masyarakat, agama, bangsa dan negara kita. Insyaallah….

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

Anonymous said...

salam satu malaysia

memang layak Y.M Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz layak menerima anugerah tokoh ini

perubahan beliau ialah daripada yg baik kepada yang lebih baik, bukan suatu perubahan yang drastik

kalau boleh tahun hijrah depan cari seorang penerima anugerah tokoh yang perubahan yang dibuat ialah daripada yg buruk kepada yg baik

saya beri contoh seperti Ustaz Akhil Hayy, daripada seorang penyanyi rock kepada seorang ustaz

suatu perubahan yang jelas orang nampak dan semua boleh terima

Y.M Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz pakai tudung pun tak sempurna, sori la cakap

Islam itu keutamaan, jangan lupa!!!

Nona*maNis said...

salam..singgah ziarah.

dr.zeti ni mungkin dipilih kerana mampu menjadi ekonomi malaysia stabil berbanding negara lain.n bukan perkara yg mudah tu.
kte pun blom tentu boleh.

boleh jadikan dia idola dalam mencapai kejayaan bukan pemakaian.

*lihatlah perkara yang baik ttg org lain.maka orang akan melihat yg baik ttg kte.insyaAllah.*