Sunday, December 19, 2010

Lawatan ke Universitas Internasional Batam, Indonesia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Malam ini juga, saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan Lawatan saya ke Universitas Internasional Batam (UIB) yang terletak di Pulau Batam, Indonesia. Lawatan ini merupakan satu lawatan yang begitu saya teruja disebabkan ianya satu perkara baru yang dilakukan oleh saya.

Lawatan ini juga hanya mengambil masa hampir 2 jam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah sesi taklimat dan pengenalan antara dua university iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universitas Internasional Batam (UIB), perkenalan dengan mahasiswa di situ dan lawatan sekitar UIB.

Antara yang menarik diperkatakan adalah kami dibawa ke makmal robotik iaitu beberapa mahasiswa UIB sedang melakukan aktiviti berkenaan dengan robotik ini. Untuk pengetahuan pembaca semua, robot yang dibuat itu merupakan tempat ketiga bagi program robotik sekitar Indonesia pada sehari sebelum kunjungan kami ke situ.

Selain itu juga, layanan yang diberikan juga begitu baik sekali. Kami dibawa ke beberapa tempat seperti Makmal Robotik, Makmal Elektrik, Makmal Kejuruteraan Awam, Makmal Penghotelan, dan sebagainya lagi. Kemudahan di situ juga begitu canggih dan terbaik.

Sekarang ini, saya ingin kongsikan beberapa keping gambar ketika kunjungan ke sana.










Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: